GERAN BBKM TEKUN 2022 : PERMOHONAN RM3000 BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

GERAN BBKM TEKUN 2022 : PERMOHONAN RM3000 BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Untuk para usahawan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, TEKUN  Nasional telah memperkenalkan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM). Kini anda sudah boleh mula untuk membuat permohonan bantuan geran yang disediakan oleh pihak TEKUN. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut ikuti artikel yang kami sediakan ini mengenai cara permohonan geran bbkm TEKUN.

BACA JUGA : DAFTAR TRADEMARK MYIPO MALAYSIA : CARA REGISTRATION ONLINE

APAKAH BBKM TEKUN 2022?

Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia adalah merupakan inisiatif pihak kerajaan dalam membantu peniaga informal dan mikro bertaraf warganegara Malaysia yang mempunyai premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022.

Bantuan ini berbentuk one-off dan tidak perlu dibayar semula bagi membantu memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.

SYARAT PERMOHONAN GERAN BBKM TEKUN 2022

Berikut adalah syarat untuk membuat permohonan geran bbkm TEKUN 2022:

1. Geran ini disediakan untuk :

    • Perniagaan informal – iaitu perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT)
    • Perniagaan mikro – iaitu perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.

2. Berumur 18 tahun dan ke atas

3. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum

4. Premis perniagaan (termasuk perniagaan dari rumah) yang terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022

5.Usahawan TEKUN dan AIM tidak perlu mengisi borang permohonan.

KADAR GERAN BANTUAN BKMM TEKUN 2022

  • Bantuan akan diberikan dalam bentuk geran bernilai RM3000 yang akan diberikan secara one-off dan tidak perlu dibayar balik untuk membantu memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk memohon anda perlu sediakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Salinan kad pengenalan individu
  • Salinan Penyata bank individu
  • Salah satu daripada laporan berikut:
    • Laporan Polis
    • Bomba
    • NADMA
    • Agensi MEDAC
    • Pemimpin Tempatan
    • Penghulu
    • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
    • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)
    • Ketua Kaum (Sabah & Sarawak )
    • Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan

TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN adalah terbuka dan tertakluk kepada baki dana.

CARA PERMOHONAN GERAN BBKM TEKUN 2022

  • Secara dalam talian: https://tinyurl.com/geranbbkm
  • Melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negara.
  • Menerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut:

 

Leave a Comment