HUTANG COURTS MAMMOTH : SEMAKAN BAKI TUNGGAKAN (CARA DAFTAR/LOGIN courts.com.my)
Courts Mammoth adalah sebuah jenama yang memang terkenal dan sudah lama bertapak di Malaysia di mana perkhidmatan mereka adalah mengenakan skim pembayaran ansuran produk-produk mereka seperti alatan elekrik,barang kelengkapan rumah dan sebagainya. Jadi, kami akan kongsikan cara buat semakan baki tunggakan hutang courts mammoth.
BACA JUGA : GERAN BBKM TEKUN 2022 : PERMOHONAN RM3000 BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA
SEMAKAN BAKI TUNGGAKAN COURTS MAMMOTH MELALUI LAMAN WEB
Bagi pelanggan yang telah membuat perjanjian bayaran secara ansuran bersama Courts Mammoth, berikut adalah cara semakan baki Courts Mammoth yang boleh anda rujuk:
- Layari laman web Courts Mammoth di https://www.courts.com.my/
- Di halaman utama, klik pada butang Sign In.
- Seterusnya, bagi pengguna baru anda boleh mendaftar akaun dengan memilih New To Courts.
- Daftar akaun anda dengan mengisi beberapa maklumat peribadi.
- Maklumat yang diperlukan adalah nama, nombor telefon bimbit, alamat emel, kata laluan dan pengesahan kara laluan.
- Untuk tujuan keselamatan, anda perlu melengkapkan imej sekuriti captcha.
- Login ke akaun anda.
- Pergi ke MENU dan klik My Order dan semak baki bayaran anda
- Selesai.
SEMAKAN BAKI TUNGGAKAN COURTS MAMMOTH MELALUI WHATSAPP
- Anda boleh menghubungi ejen Courts Mammoth melalui WhatsApp.
- Klik pada pautan ini EJEN COURTS MAMMOTH untuk diambungkan ke ejen mereka.
- Anda boleh meminta ejen untuk menyemak baki bayaran Courts Mammoth anda dengan memberikan nombor akaun.
- Sekiranya anda tidak mengingati no akaun anda, boleh minta daripada ejen dengan membuat pengesahan menggunakan nombor MyKad yang didaftarkan untuk perjanjian ansuran bulanan sebelum ini,
- Setelah pengesahan berjaya dilakukan, ejen akan menyatakan baki tunggakan Courts Mammoth anda.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI TUNGGAKAN COURTS MAMMOTH MELALUI EMEL
Untuk semakan melalui emel, anda perlu memberikan beberapa butiran peribadi kepada pihak Courts Mammoth.
- Tulis emel dan berikan maklumat seperti nombor IC yang didaftarkan bagi perjanjian bayaran secara ansuran.
- Nyatakan tujuan emel yang dihantar, berikan maklumat peribadi supaya pengesahan dapat dilakukan.
- Hantarkan emel tersebut kepada cservice@courts.com.my.
- Emel anda akan dibalas dalam 1 hingga 2 hari waktu bekerja.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai masalah semakan atau semakan secara online anda gagal, anda boleh hubungi servis khidmat pelanggan di Courts Mammoth Customer Care atau hubungi 03 3000 8998.
WAKTU OPERASI
- Isnin hingga Ahad (termasuk cuti umum): 10 Pagi – 7 Petang