SEMAKAN STR BUJANG 2024 : CHECK JUMLAH BAYARAN SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN STR BUJANG 2024 : CHECK JUMLAH BAYARAN SEKARANG

Sumbangan Tunai Rahmah atau nama singkatannya STR merupakan Bantuan Rakyat. Kerajaan juga memperuntukan bantuan STR kepada golongan bujang yang berpendapatan Rm2,500 ke bawah. Ia bertujuan untuk membantu golongan bujang Malaysia meringankan bebanan kos sara hidup.

Bagaimanakah cara semakan jumlah bayaran str bujang 2024? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : TARIKH RASMI TEBUS BANTUAN E WALLET 100 : SEMAK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG

Untuk permohonan baru STR bujang, pemohon dikehendaki memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Had umur 21 hingga 59 tahun.
  • Bujang belum berkahwin / Janda / Duda / Balu yang tidak mempunyai anak.
  • Berpendapatan individu RM2,500 ke bawah setiap bulan.
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

TARIKH BAYARAN STR BUJANG 2024

Bayaran STR adalah secara berfasa mengikut tarikh seperti di bawah berikut :

FASATARIKH BAYARAN
FASA 1FEBRUARI 2024
FASA 2APRIL 2024
FASA 3OGOS 2024
FASA 4NOVEMBER 2024
*Tarikh rasmi pembayaran akan diumumkan secara rasmi mengikut pindaan dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN STR BUJANG 2024

Berikut merupakan jumlah bayaran keseluruhan bantuan STR Bujang 2024 seperti di bawah :

JUMLAH STR BUJANG 2024
RM350

JUMLAH BAYARAN STR BUJANG FASA 1 2024

Berikut merupakan jumlah bayaran STR Bujang Fasa 1 :

JUMLAH STR FASA 1 (BUJANG)
RM100

SEMAKAN STR BUJANG 2024

Ikuti cara semakan STR Bujang 2024 secara online seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon (contoh : 82XXXXXXXXXX) di ruangan No MyKad.
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa Keselamatan pemohon adalah betul, sila tekan [Ya].
  6. Sila masukkan Kata Laluan pemohon dengan betul.
  7. Seterusnya, klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan pada [Halaman Utama Portal].
  9. Kemudian, klik pada butang [Semakan].
  10. Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].
  11. Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa 1.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Jika terdapat pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my

3 thoughts on “SEMAKAN STR BUJANG 2024 : CHECK JUMLAH BAYARAN SEKARANG”

Leave a Comment