CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E KASIH 2023 : SEMAK ONLINE SEKARANG
Bantuan e-Kasih merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat untuk menampung kos perbelanjaan keperluan asas bulanan. Bantuan ini adalah untuk rakyat dari golongan miskin dan miskin tegar.
Bagaimanakah cara semak senarai nama penerima bantuan e kasih 2023 online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STR BUJANG : JUMLAH BAYARAN
APA ITU BANTUAN E KASIH 2023
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah inisiatif wang tambahan untuk membantu gologan miskin tegar yang tersenarai dalam data e-Kasih. Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan untuk digunakan membeli barangan makanan asas di kedai runcit atau pasaraya yang terpilih.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN E KASIH 2023
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mendapat bantuan e-Kasih bagi tahun 2023 seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN E KASIH 2023
Berikut merupakan jumlah pembayaran Bantuan E-Kasih bagi tahun 2023 seperti di bawah :
TARIKH | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
17 Julai 2023 | RM100 |
1 Ogos 2023 | RM100 |
1 September 2023 | RM100 |
1 Oktober 2023 | RM100 |
1 November 2023 | RM100 |
1 Disember 2023 | RM100 |
Jumlah Keseluruhan = | RM600 |
CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E KASIH 2023
Ikuti langkah semakan status nama penerima Bantuan E-kasih 2023 secara online seperti di bawah berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Mykasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut sila rujuk portal rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/; atau rujuk di bawah :
- Tel : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel : info@mykasih.com