UPDATE STR 2024 : KEMASKINI MAKLUMAT SEKARANG
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif bantuan secara tunai yang akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa. Bantuan ini akan dinaikkan kadar peruntukkan bagi tahun 2024. Kerajaan menyeru untuk kemaskini maklumat terbaru STR (kecuali warga emas dan pendalaman Sabah dan Sarawak).
Bagaimanakah cara update str 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BORANG KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAHMAH : DOWNLOAD / MUAT TURUN
TARIKH UPDATE STR 2024
Berikut merupakan tarikh untuk update (kemaskini) STR 2024 seperti di bawah :
TARIKH UPDATE STR |
---|
Bermula 1 November 2023 (akan dibuka sepanjang tahun) |
KADAR BANTUAN STR 2024
- Kadar Keseluruhan Bantuan STR 2024 :
- Berikut merupakan kadar keseluruhan Bantuan STR 2024 :
KATEGORI | KADAR BANTUAN | BIL. PENERIMA |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan bawah RM2,500 | -RM1,000 (Tiada anak) -RM1,500 (1-2 anak) -RM2,000 (3-4 anak) -RM2,500 (5 ke atas) | 3.1j |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | -RM500 (Tiada anak) -RM750 (1-2 anak) -RM1,000 (3-4 anak) -RM1,250 (5 ke atas) | 1.0j |
Warga Emas (60 tahun ke atas) tiada pasangan | RM600 | 1.3j |
Bujang (21- 59 tahun) Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM350 | 3.3j |
- Kadar Bantuan STR Fasa 1 2024 :
- Berikut merupakan kadar Bantuan STR fasa 1 2024 :
KATEGORI | KADAR BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan bawah RM2,500 | RM500 (semua) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | -RM100 (Tiada anak) -RM150 (1-2 anak) -RM250 (3-4 anak) -RM300 (5 ke atas) |
Warga Emas (60 tahun ke atas) tiada pasangan | RM150 |
Bujang (21- 59 tahun) Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM100 |
UPDATE STR
Ikuti cara update (kemaskini maklumat) STR seperti di bawah :
- Sila layari Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM.
- Klik butang [Log Masuk] untuk membuat kemaskini permohonan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
- Kemudian klik [Semak].
- Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
- Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
- Isikan semua maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.
- Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Kemudian, tekan butang [Muat naik].
- Klik butang [Teruskan].
- Masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan dan tekan [SAHKAN CAPTCHA].
- Tandakan [/] pada kotak perakuan.
- Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
- ‘Permohonan anda telah berjaya dikemaskini’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR, sila rujuk pihak di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- E-mel : str@mof.gov.my
- Laman Web : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Alamat : Kementerian Kewangan, Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya