BORANG KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : DOWNLOAD SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BORANG KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : DOWNLOAD SEKARANG

Seperti yang dibentangkan dalam belanjawan 2024, Bantuan Tunai Rahmah akan dinaikkan kadar peruntukan untuk lebih 60 peratus rakyat Malaysia yang akan menerima manfaat bantuan ini. Justeru, bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan, digalakkan untuk memohon dan bagi yang sudah memohon, digalakkan untuk mengemaskini maklumat.

Bagaimanakah cara kemaskini bantuan tunai rahmah 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 : SEMAK ONLINE

PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT KEMASKINI

Berikut merupakan pemohon yang perlu membuat kemaskini Bantuan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 seperti di bawah :

  • Kategori Isi Rumah dan Bujang.
  • Mempunyai sebarang perubahan maklumat.
  • Tidak pernah mengemaskini maklumat dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022, dan STR 2023.

*Warga emas dan pendalaman Sabah / Sarawak adalah dikecualikan untuk membuat kemaskini.

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Berikut merupakan jumlah keseluruhan Bantuan Tunai Rahmah 2024 megikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :

KATEGORIJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
-RM1,000 (0 anak)
-RM1,500 (1-2 anak)
-RM2,000 (3-4 anak)
-RM2,500 (5 ke atas)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
-RM500 (0 anak)
-RM750 (1-2 anak)
-RM1,000 (3-4 anak)
-RM1,250 (5 ke atas)
Warga Emas tiada
pasangan
RM600
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM350

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Berikut merupakan tarikh pembayaran mengikut fasa (selama empat (4) fasa) seperti di bawah :

FASATARIKH
FASA 1Februari 2024
FASA 2April 2024
FASA 3Ogos 2024
FASA 4November 2024
*Tarikh adalah mengikut pindaan semasa ke semasa.

BORANG KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

Ikuti cara kemaskini borang Bantuan Tunai Rahmah 2024 seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM; atau klik [Di Sini].
  2. Klik butang [Log Masuk] untuk membuat kemaskini permohonan.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
  4. Kemudian klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
  7. Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
  8. Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
  9. Isikan semua maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.
  10. Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  11. Kemudian, tekan butang [Muat naik].
  12. Klik butang [Teruskan].
  13. Masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan dan tekan [SAHKAN CAPTCHA].
  14. Tandakan [/] pada kotak perakuan.
  15. Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan anda telah berjaya dikemaskini’.
  17. Selesai.

KAEDAH PENGHANTARAN BORANG KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024

  • Muat naik secara dalam talian di Portal Rasmi STR semasa kemas kini permohonan atau permohonan baharu; atau
  • Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit HASiL / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
  • Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan Tunai Rahmah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • E-mel : str@mof.gov.my
  • Laman Web : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Alamat : Kementerian Kewangan, Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Leave a Comment