CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG

Bantuan MySARA merupakan Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat menampung kos perbelanjaan bulanan sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan. Bantuan ini akan disalurkan ke dalam MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas (mengikut 10 kategori yang ditetapkan) di kedai atau pasaraya terpilih.

Bagaimanakah cara semakan nama penerima bantuan mysara rm1200 2024 secara online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN E KASIH : SEMAK ONLINE

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSARA RM1200 2024

Berikut merupakan tarikh pembayaran yang akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima seperti di bawah :

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSARA
Akan dikreditkan bermula bulan Januari 2024 setiap bulan
sehingga bulan Disember 2024.

JUMLAH BANTUAN MYSARA 2024

Bermula 2024, jumlah bantuan MySARA akan dikreditkan mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
STR Miskin TegarRM1,200
STR MiskinRM1,200
STR Isi RumahRM300
STR Bujang / Warga emas
(tiada pasangan)
RM150
*Senarai di atas adalah mengikut data penerima STR oleh eKasih dan JKM.

CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 2024

Ikuti cara semakan Bantuan MySARA RM1,200 2024 seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

LANGKAH PEMBELIAN BANTUAN MYSARA 2024

Berikut merupakan langkah-langkah pembelian menggunakan Bantuan MySARA seperti di bawah :

  1. Pergi ke kedai / pasaraya terpilih yang berdaftar (semak senarai kedai / pasaraya terpilih berhampiran anda [Di sini]).
  2. Pilih barangan keperluan berdasarkan label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk Mykad pemohon kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
  5. Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
  6. Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.

RUJUKAN

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
  • Emel : info@mykasih.com.

11 thoughts on “CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYSARA RM1200 2024 : SEMAK SEKARANG”

Leave a Comment