PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT ONLINE 2023

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT ONLINE 2023

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah sebuah inisiatif kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Tujuannya adalah untuk memastikan rakyat tinggal dalam persekitaran yang selamat, selesa dan mampu bayar.

Bagaimanakah permohonan bantuan rumah pprt online 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN E WALLET B40 : PERMOHONAN & SEMAKAN

APA ITU BANTUAN RUMAH PPRT

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan miskin tegar mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan layak. Harga rumah PPR ditetapkan pada tahap yang rendah untuk memastikan bahawa ia boleh diterima oleh golongan berpendapatan rendah.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT

Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan Bantuan Rumah PPRT adalah seperti berikut :

  • Permohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah.
  • Memiliki tanah sendiri.
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh setiap kerajaan negeri.

KATEGORI RUMAH PPRT

Rumah PPR terdiri daripada dua (2) iaitu :

  1. PPR Disewa :
    • Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
  2. PPR Dimiliki :
    • Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
    • Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

JENIS RUMAH PPRT

  • Rumah pangsa berbilang tingkat.
  • Rumah pangsa 5 tingkat (Walk-up flat).
  • Rumah teres.

SPESIFIKASI RUMAH PPRT

Rumah PPR yang dibina haruslah mengikut spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan seperti berikut :

  • Keluasan minimum 700 kaki persegi.
  • 3 Bilik Tidur.
  • 2 Bilik air.
  • 1 Ruang Tamu.
  • 1 Ruang Dapur.

PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT ONLINE

Untuk membuat permohonan, anda perlu mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Ikuti langkah-langkah permohonan Bantuan Rumah PPRT online 2023, seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Kementerian Desa dan Wilayah; atau klik di sini : https://www.rurallink.gov.my/program-perumahan-rakyat-termiskin-pprt/.
  2. Klik pada [PERMOHONAN PPRT] baca dengan teliti dan sila klik [di sini] untuk memohon.
  3. Seterusnya, tekan pada bahagian [Program Perumahan Rakyat Termiskin].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dan tekan [SEMAK].
  5. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul pada ruangan yang disediakan.
  6. Masukkan gambar kad pengenalan depan dan belakang.
  7. Kemudian, klik [Seterusnya].
  8. Isikan semua maklumat Peribadi, Harta, Perhubungan, Permohonan, dan Perakuan pada ruang disediakan.
  9. Tekan butang [Seterusnya].
  10. Selepas selesai, klik [Hantar Permohonan].
  11. Permohonan anda berjaya dihantar dan akan diproses. ‘
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi info berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya terdapat sebarang soalan dan masalah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya, Malaysia.
  • Telefon : 03-8000 8000.
  • Emel : info@rurallink.gov.my

Leave a Comment