BANTUAN E WALLET B40 2023 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa inisiatif bantuan e-Wallet telah diperuntukkan sekitar 1 billion ringgit yang akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat dewasa di Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas yang merangkumi golongan B40 dan M40.
Bagaimanakah cara permohonan dan semakan bantuan e wallet b40 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 : SEMAKAN
APA ITU BANTUAN E WALLET
Ia merupakan bantuan tambahan bagi tahun 2023 yang baru sahaja diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Bantuan ini diberikan dalam bentuk e-Tunai iaitu melalui aplikasi di dalam telefon bimbit sebanyak RM100 kepada penerima yang layak.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon bantuan E Wallet seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas (dewasa).
- Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun.
TARIKH BAYARAN
Tarikh pembayaran bantuan E Wallet adalah seperti berikut :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
BANTUAN eWALLET | DISEMBER 2023 (akan dikemaskini apabila tarikh rasmi diumukan) |
BANTUAN E WALLET B40
PERMOHONAN BANTUAN E WALLET
Berikut merupakan cara permohonan Bantuan E Wallet seperti di bawah :
- Mula turun (Download) aplikasi yang terlibat program bantuan e-tunai seperti :
- TNG e-Wallet
- BOOST
- SETEL PETRONAS
- GRAB
- SHOPEE
- dan lain-lain aplikasi terlibat.
- Seterusnya, pilih aplikasi yang anda muat turun dan daftar akaun pengguna.
- Selesai mendaftar, lihat paparan Kredit e-Tunai Rahmah RM100 pada bahagian [HOME].
- Kemudian klik pada butang [eTunaiRahmah].
- Pilih [Claim Now].
- Seterusnya buat pengesahan dengan menekan butang [VERIFY].
- Pilih ID Pengenalan Pemohon [Nombor Kad Pengenalan].
- Muat naik gambar hadapan kad pengenalan pemohon.
- Seterusnya, masukkan gambar (Selfie) pemohon.
- Sila pastikan semua butiran anda tepat dan betul sebelum menekan butang [Continue].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sah.
- Kemudian klik [Submit].
- Pemohon yang berjaya akan menerima notifikasi “eTunaiRahmah Claim Approved”.
- Anda akan menerima kredit RM100 di dalam aplikasi tersebut.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib di sini : https://manfaat.mof.gov.my/hubungi-kami; atau hubungi talian di bawah :
- 03-8882 4666.
- 03-8882 9089.
Umur 80hn.ashik isi borang apa pun tak dapat pencen rm 1104 ATM sewa bilik rm400
Serius lh boleh dpat