PERMOHONAN BANTUAN IBU BEKERJA SELANGOR 2023 : MAMAKERJA

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN IBU BEKERJA SELANGOR 2023 : MAMAKERJA

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan insentif baharu iaitu MamaKerja untuk meringankan beban wanita yang bekerja terutamanya bagi menampung kos penjagaan anak. Bantuan ini bertujuan mengangkat martabat wanita bekerja yang mempunyai anak-anak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Bagaimanakah cara permohonan ibu bekerja selangor 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : RASMI PENGELUARAN PENUH KWSP AKAUN 1&2 : PERMOHONAN

APA ITU BANTUAN IBU BEKERJA

MamaKerja merupakan antara janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun. Insentif ini bertujuan membantu meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

KADAR BANTUAN

Berikut adalah kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak, seperti di bawah :

PERKARAKADAR BAYARAN
Bantuan Ibu Bekerja SelangorRM1,000 diberi secara sekaligus (one-off)
kepada 5,000 wanita bekerja.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor lebih dari 10 tahun).
  • Wanita bekerja dan bermajikan.
  • Mengundi di Selangor.
  • Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah.
  • Mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
  • Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN IBU BEKERJA SELANGOR

PERKARATARIKH PERMOHONAN
PERMOHONAN BANTUAN
IBU BEKERJA SELANGOR
Bermula 1 November 2023
pada jam 10.00 pagi

*Terhad kepada 5,000 pemohon terawal yang memenuhi syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.

PERMOHONAN BANTUAN IBU BEKERJA SELANGOR

Berikut adalah cara Permohonan Bantuan Ibu Bekerja Selangor 2023 secara online seperti di bawah :

  1. Layari Laman Rasmi MamaKerja.Selangkah di sini : https://mamakerja.selangkah.my/;atau
  2. Muat turun Aplikasi SELANGKAH di apps store/play store dalam telefon bimbit anda.
  3. Dokumen yang perlu dimuat naik :
    • Kad Pengenalan pemohon.
    • Kad Pengenalan pasangan.
    • MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan.
    • Salinan penyata gaji pemohon yang terkini.
    • Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan.
    • Sekiranya tiada slip gaji; Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA.
    • Salinan penyata bank.
    • Dokumen pengesahan pengundi Selangor.

TARIKH SEMAKAN

Tempoh keputusan permohonan akan diumumkan selepas 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.

Permohonan yang layak akan menerima bantuan tunai RM1,000 yang akan disalurkan ke akaun penerima dalam tempoh 14 hari bekerja selepas ‘Status Permohonan Berjaya’.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung insentif ini boleh diajukan kepada pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment