TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 2023 : SEMAKAN
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan kepada semua rakyat Malaysia dalam kategori dewasa yang berkelayakan secara berperingkat dan berfasa. Kini adalah fasa terakhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2023 iaitu fasa 4.
Bagaimanakah cara semakan tarikh bayaran bantuan mystr fasa 4 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN IBU BEKERJA SELANGOR : MAMAKERJA
KADAR BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan MySTR Fasa 4 mengikut syarat kategori kelayakan seperti di bawah :
- Kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah :
- Tiada anak : RM200.
- 1 atau 2 orang anak : RM500.
- 3 atau 4 orang anak : RM900.
- 5 orang ke atas : RM1,200.
- Kategori isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada anak : RM0
- 1 atau 2 orang anak : RM100.
- 3 atau 4 orang anak : RM300.
- 5 orang ke atas : RM500.
- Kategori warga emas berumur 60 tahun ke atas dan tiada pasangan :
- Akan menerima RM200 bagi fasa 4.
- Kategori bujang berumur 21 hingga 59 tahun berpendapatan RM2,500 ke bawah :
- RM0 tiada peruntukan bagi fasa 4.
KAEDAH BAYARAN
Kaedah bayaran kepada penerima STR Fasa 4 adalah seperti berikut :
- Akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima secara automatik dan berperingkat mengikut bank; atau
- Akaun yang gagal kredit boleh membuat tebusan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4
TARIKH PEMBAYARAN MYSTR FASA 4 2023 |
---|
Bermula pada 7 November hingga 9 November 2023 |
SEMAKAN BANTUAN MYSTR FASA 4
Berikut adalah cara semakan bayaran bantuan STR fasa 4 2023 secara online :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM; atau klik di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [No Mykad].
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Pengesahan kata kunci keselamatan : Sekiranya Frasa Keselamatan pemohon adalah betul, tekan [Ya].
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan].
- Kemudian, tekan [Maklumat Pembayaran] untuk melihat terkini bayaran.
- Maklumat pembayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai soalan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.
Knp org OKU tak layak dpt ke
Yang beratur kt lhdn kemas kini rayuan bila boleh lulus.