BANTUAN STR FASA 4 BILA MASUK 2023 : SEMAKAN TARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dalam mendepani isu kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini diberikan secara berfasa. Kini, bantuan ini sudah difasa terakhir STR 2023 iaitu Fasa 4.
Bilakah bantuan str fasa 4 akan masuk ? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN STR : PERMOHONAN & SEMAKAN
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4
Berikut merupakan kaedah penkreditan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 4 2023 :
- Akan dikreditkan ke akaun bank penerima secara autokredit dan berperingkat.
- Akaun yang gagal kredit, penerima boleh tebus di Bank Simpanan Nasional (BSN).
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori dan kelayakan seperti berikut :
KATEGORI ISI RUMAH (Pendapatan Bawah RM2,500) | BILANGAN ANAK |
RM200 | 0 |
RM500 | 1-2 Orang |
RM900 | 3-4 Orang |
RM1,200 | 5 Orang keatas |
KATEGORI ISI RUMAH (Pendapatan RM2,501-RM5,000) | BILANGAN ANAK |
RM0 | 0 |
RM100 | 1-2 Orang |
RM300 | 3-4 Orang |
RM500 | 5 Orang keatas |
KATEGORI BUJANG (Pendapatan RM2,500 kebawah) |
RM0 |
KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN (Pendapatan RM5,000 kebawah dan berumur 60 tahun keatas) |
RM200 |
TARIKH BAYARAN FASA 4
Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 akan dikreditkan ke akaun anda seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 | Pada 7 – 9 November 2023 |
BANTUAN STR FASA 4 BILA MASUK
CARA SEMAKAN BANTUAN STR 2023 FASA 4 ONLINE.
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya tekan butang [Semak].
- Sekiranya frasa Keselematan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada Halaman Utama Portal.
- Kemudian, sila klik [Semakan].
- Seterusnya, sila lihat pada [Maklumat Pembayaran].
- Maklumat pembayaran fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan dengan hebahan ini, anda boleh ajukan kepada pihak berwajib seperti di bawah ini :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.