BANTUAN STR FASA 4 : SEMAKAN BAYARAN 2023
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan dalam bentuk tunai yang menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebelum ini. Sumbangan ini akan dikreditkan secara berfasa. Pada bulan sebelumnya adalah fasa 3, kini STR fasa 4 akan dikreditkan ke akaun penerima tidak lama lagi.
Bagaimanakah cara semakan bayaran STR fasa 4 online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN BMT 800 : PERMOHONAN & SEMAKAN
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 akan dikreditkan ke akaun anda seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
Tarikh bayaran STR fasa 4 | Bermula pada 7 hingga 9 November 2023 |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4
- Akan dikreditkan ke akaun penerima secara autokredit dan berperingkat.
- Akaun yang gagal kredit, penerima boleh ke Bank Simpanan Nasional (BSN).
BANTUAN STR FASA 4
CARA SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 ONLINE 2023
- Sila layari laman Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya tekan butang [Semak].
- Sekiranya frasa Keselematan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada Halaman Utama Portal.
- Kemudian, sila klik [Semakan].
- Seterusnya, sila lihat pada [Maklumat Pembayaran].
- Maklumat pembayaran fasa 4 akan dipaparkan seperti berikut :
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank.
- Nombor Akaun Bank.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4
Jumlah pembayaran adalah mengikut kategori dan kelayakan seperti berikut :
BILANGAN ANAK | KATEGORI ISI RUMAH (Pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah) |
0 | RM200 |
1-2 orang | RM500 |
3-4 orang | RM900 |
5 orang ke atas | RM1,200 |
BILANGAN ANAK | KATEGORI ISI RUMAH (Pendapatan isi rumah RM2,501-RM5,000) |
0 | 0 |
1-2 orang | RM100 |
3-4 orang | RM300 |
5 orang ke atas | RM500 |
KATEGORI BUJANG (Pendapatan Bujang RM2,500 ke bawah (Berumur 21-59 tahun) |
RM0 |
KATEGORI WARGA EMAS (Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5,000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) |
RM200 |
RUJUKAN
Sekiranya terdapat sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan dengan hebahan ini, anda boleh ajukan kepada pihak berwajib seperti di bawah ini :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.