KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : CARA UPDATE MAKLUMAT STR BARU
Bermula 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan menyasar semula subsidi secara berfasa dan sebahagian dari penjimatan subsidi akan disalurkan bagi meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah kepada rakyat.
Bagaimanakah cara kemaskini maklumat baru bantuan tunai rahmah 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RM100 SEBULAN : PERMOHONAN & SEMAKAN
KRITERIA KELAYAKAN
Berikut merupakan kriteria kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan, seperti di bawah :
- Kategori Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia.
- Status berkahwin (ada atau tiada anak).
- Balu / Ibu atau bapa tunggal (yang mempunyai anak).
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
- Kategori Warga Emas :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 60 tahun ke atas.
- Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada tanggungan).
- Pendapatan kasar kurang dari RM5,000 sebulan.
- Kategori Bujang :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 21 hingga 59 tahun.
- Bujang belum berkahwin / Balu / Janda / Duda (tiada anak).
- Pendapatan individu RM2,500 ke bawah.
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024
Berikut merupakan jumlah keseluruhan Bantuan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 :
- Isi Rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
RM2,500 dan ke bawah | RM1,000 hingga RM2,500 (bergantung bilangan tanggungan) |
RM2,501 hingga RM5,000 | RM500 hingga RM1,250 (bergantung bilangan tanggungan) |
- Warga Emas :
PENDAPATAN INDIVIDU | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
RM5,000 dan ke bawah | RM600 |
- Bujang :
PENDAPATAN INDIVIDU | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
RM2,500 dan ke bawah | RM350 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024
Berikut merupakan jadual pembayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) mengikut fasa seperti di bawah :
FASA | TARIKH |
---|---|
FASA 1 | Februari 2024 |
FASA 2 | April 2024 |
FASA 3 | Ogos 2024 |
FASA 4 | November 2024 |
KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAHMAH
CARA KEMASKINI BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 ONLINE.
- Sila layari portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (MySTR) LHDNM; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR dan klik [Log Masuk].
- Kemudian klik [Semak].
- Kata kunci keselamatan pemohon akan dipaparkan, klik [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
- Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan sah.
- Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan dan tekan butang [Muat naik].
- Kemudian, tekan butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
- Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
- Tandakan pada kotak [/] perakuan.
- Tekan butang [Hantar].
- Permohonan anda telah berjaya dikemaskini.
- Selesai.
SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Berikut merupakan cara semakan status bayaran :
- Pergi ke pautan rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (MySTR) LHDNM.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon (contoh : 82XXXXXXXXXX) di ruangan No MyKad.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Sekiranya frasa Keselamatan pemohon adalah betul, sila tekan [Ya].
- Sila masukkan Kata Laluan pemohon dengan betul.
- Seterusnya, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan pada [Halaman Utama Portal].
- Kemudian, klik pada butang [Semakan].
- Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].
- Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa semasa.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : str@mof.gov.my