BANTUAN TUNAI RM100 SEBULAN 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan wang tambahan RM100 setiap bulan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan mengikut data e-Kasih dan JKM. Bantuan ini akan disalurkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan.
Bagaimanakah cara permohonan dan semakan bantuan tunai rm100 sebulan 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : STR SEMAKAN STATUS : CHECK BAYARAN FASA 1
APA ITU BANTUAN TUNAI RM100 SEBULAN
Bantuan tunai RM100 sebulan merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas setiap bulan. Bantuan ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI RM100 SEBULAN 2024
Berikut merupakan kategori yang layak menerima bantuan tunai RM100 sebulan :
- Isi Rumah Miskin tegar : 0.2 juta penerima.
- Isi Rumah Miskin : 0.5 juta penerima.
- Isi Rumah : 3.7 juta penerima.
- Bujang : 4.3 juta penerima.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI
Berikut merupakan jumlah pembayaran bantuan mengikut kategori yang ditetapkan :
KATEGORI | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Isi Rumah | RM300 |
STR Bujang | RM150 |
BANTUAN TUNAI RM100 SEBULAN 2024
SEMAKAN BANTUAN TUNAI RM100 SEBULAN
Ikuti cara semakan bantuan tersebut seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Semakan Status MyKasih; atau klik pautan di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
- Selesai.
PERMOHONAN BARU BANTUAN TUNAI RM100 SEBULAN
Berikut merupakan cara permohonan baru bantuan ini :
- Pemohon perlu mengemukakan permohonan di Portal Rasmi e-Kasih; atau ikuti pautan di sini : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.
- Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
- Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
- Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
- Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Klik butang [Teruskan].
- Tandakan pada perakuan diri.
- Tekan butang [Hantar].
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.