STR BUJANG FASA 4 2023 : SEMAKAN & TARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan yang disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan mengikut kategori secara berfasa. Kini adalah fasa terakhir bagi tahun 2023 iaitu fasa 4. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
Bagaimanakah cara semakan tarikh bayaran str bujang fasa 4 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAKYAT : PERMOHONAN & SEMAKAN
LOGIN STR
PAUTAN RASMI LOGIN STR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SYARAT KELAYAKAN STR 2023
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut kategori penerima, seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 dan ke atas.
- Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 sehingga RM5,00.
- Warga emas tiada pasangan berumur 60 tahun ke atas.
- Bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Berikut adalah tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 2023 seperti di bawah :
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2023 |
---|
7 November hingga 9 November 2023 |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4
Berikut adalah kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 2023:
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4 |
---|
Automatik diikreditkan terus ke akaun bank penerima secara berperingkat mengikut bank. |
Penebusan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi status gagal kredit. |
STR BUJANG FASA 4
Berikut adalah cara semakan status STR Bujang Fasa 4, seperti di bawah :
- Sila ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM; atau klik di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon pada ruangan [No MyKad].
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya tekan butang [Semak].
- Sekiranya frasa Keselematan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada Halaman Utama Portal.
- Kemudian, sila klik [Semakan].
- Seterusnya, sila lihat pada [Maklumat Pembayaran].
- Maklumat pembayaran fasa 4 akan dipaparkan seperti berikut :
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank.
- Nombor Akaun Bank.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan STR Fasa 4, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Talian Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.
tiada