STR FASA 4 2023 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan setiap kategori. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat dalam pelabagai kategori termasuk kategori isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas.
Sumbangan ini disalurkan secara berfasa dan kini adalah fasa terakhir bagi tahun 2023.
Bagaimanakah semakan tarikh bayaran str fasa 4 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN RAHMAH BUJANG : SENARAI & JUMLAH
LOGIN STR
PAUTAN LOGIN STR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
JUMLAH STR FASA 4
Jumlah bayaran STR fasa 4 adalah mengikut kelayakan kategori yang ditetapkan seperti berikut :
- Kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah :
- Tiada anak : RM200.
- 1 atau 2 orang anak : RM500.
- 3 atau 4 orang anak : RM900.
- 5 orang ke atas : RM1,200.
- Kategori isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada anak : RM0
- 1 atau 2 orang anak : RM100.
- 3 atau 4 orang anak : RM300.
- 5 orang ke atas : RM500.
- Kategori warga emas berumur 60 tahun ke atas dan tiada pasangan :
- Akan menerima RM200 bagi fasa 4.
- Kategori bujang berumur 21 hingga 59 tahun berpendapatan RM2,500 ke bawah :
- RM0 tiada peruntukan bagi fasa 4.
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4
Berikut adalah kaedah bayaran yang akan dikreditkan kepada penerima STR fasa 4, seperti :
KAEDAH KREDIT |
---|
Dikreditkan ke akaun bank secara automatik |
Gagal kredit : Tebus di Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
TARIKH BAYARAN |
---|
Bermula pada 7 November sehingga 9 November 2023 |
SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4
Ikuti cara semakan status bayaran STR fasa 4 seperti di bawah :
- Pergi ke pautan Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [No Mykad].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Untuk pengesahan kata kunci keselamatan : Sekiranya Frasa Keselamatan pemohon adalah betul, tekan [Ya].
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan].
- Kemudian, tekan [Maklumat Pembayaran] untuk melihat terkini bayaran.
- Maklumat pembayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.