BANTUAN RAHMAH BUJANG 2024 : SENARAI & JUMLAH

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN RAHMAH BUJANG 2024 : SENARAI & JUMLAH

Pada tahun 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan penyasaran semula subsidi dan sebahagian hasil penjimatan subsidi akan disalurkan kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kerajaan juga telah menaikkan peruntukan untuk kategori bujang di Malaysia pada tahun hadapan.

Apakah senarai dan jumlah bantuan rahmah bujang 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT ONLINE

SYARAT KELAYAKAN BUJANG

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan bujang, adalah seperti di bawah :

  • Bujang belum berkahwin atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Perhatian : Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan TIDAK dibenarkan membuat permohonan sebagai kategori bujang.

SENARAI DAN JUMLAH BANTUAN RAHMAH BUJANG

Berikut merupakan senarai dan jumlah Bantuan Rahmah Bujang bagi tahun 2024 adalah seperti di bawah :

SENARAI BANTUANJUMLAH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)RM350
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)RM150
Jumlah keseluruhan :RM500
*Mulai tahun 2024, semua penerima STR akan turut menerima SARA (Kategori baharu adalah berdasarkan data e-kasih dan JKM).

TARIKH BAYARAN FASA 1 BANTUAN RAHMAH BUJANG

Tarikh bayaran fasa 1 bagi tahun 2024 adalah seperti berikut :

PERKARATARIKH BAYARAN
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)Dijangka pada bulan Februari 2024 (Sebelum Ramadhan)
*akan dikemaskini selepas tarikh rasmi diumumkan.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)Akan diumumkan secara rasmi nanti

KAEDAH BAYARAN

Berikut adalah kaedah pembayaran Bantuan Rahmah Bujang 2024, seperti di bawah :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara automatik dan berperingkat.
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak secara automatik.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan baharu bagi bantuan 2024 akan dibuka bermula November 2023 dan permohonan dibuka sepanjang tahun berbanding tahun sebelum ini hanya dibuka sekali sahaja setahun.

PERMOHONAN BANTUAN RAHMAH BUJANG

Berikut adalah cara permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM; atau klik di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#
  2. Kemudian, klik [Permohonan Baharu].
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan.
  4. Seterusnya, pergi ke bahagian [Log Masuk].
  5. Tekan butang [Semak].
  6. Kemudian, tekan [Ya] sekiranya frasa Keselamatan anda betul.
  7. Sila masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
  8. Tekan [Log masuk].
  9. Anda akan dipaparkan pada Halaman Utama Portal.
  10. Seterusnya, klik [Kemaskini Permohonan].
  11. Isikan semua maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dengan lengkap dan tepat.
  12. Tandakan pada kotak di bahagian [Perakuan Diri].
  13. Dan tekan butang [Hantar].
  14. Permohonan anda berjaya dihantar kepada pihak LHDN.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi info berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau masalah, boleh rujuk pihak berwjib seperti di bawah :

  • Hubungi talian hotline mySTR : 03 8882 4565.
  • Emelkan : str@treasury.gov.my.

Leave a Comment