STR FASA 1 2024 : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN
Menurut Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan disalurkan kepada 9 juta penerima atau 60 peratus dari penduduk dewasa di Malaysia.
Dengan menyasarkan semula subsidi secara berfasa dan sebahagian hasil penjimatan subsidi akan disalurkan untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai kepada rakyat sebanyak 2 billion ringgit iaitu dinaikkan kepada 10 billion ringgit.
BACA JUGA : STR FASA 4 2023 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2024
Berikut tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1 bagi tahun 2024 adalah seperti di bawah :
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 |
---|
FEBRUARI 2024 (Dijangka sebelum Ramadhan) |
JUMLAH BANTUAN STR 2024
Berikut adalah jumlah bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut kategori yang ditetapkan bagi tahun 2024, seperti di bawah :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN | PENERIMA |
---|---|---|
Isi Rumah Berpendapatan <RM2,500 | RM1,300 hingga RM2,800 (Mengikut bilangan anak) | 3.1 juta |
Isi Rumah Berpendapatan RM2,501-RM5,000 | RM800 hingga RM1,550 (Mengikut bilangan anak) | 1.0 juta |
Warga Emas Bujang >60 tahun ke atas | RM600 | 1.3 juta |
Bujang Berpendapatan <RM2,500 | RM500 | 3.3 juta |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2024
Bayaran pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1 adalah sehingga RM500 untuk kategori isi rumah dan lain kategori akan diumumkan secara rasmi nanti.
TARIKH PERMOHONAN BARU STR 2024
Tarikh permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 akan dibuka pada bulan November 2023 (akan diumumkan secara rasmi). Permohonan baharu ini akan dibuka sepanjang tahun.
SEMAKAN STR FASA 1 2024
Berikut adalah cara semakan STR fasa 1 online 2024 :
- Sila layari laman Rasmi MySTR LHDNM; atau klik di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad mySTR.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Sekiranya frasa Keselamatan anda betul, sila tekan [Ya].
- Sila masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
- Seterusnya, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan pada [Halaman Utama Portal].
- Kemudian, tekan pada butang [Semakan].
- Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].
- Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa semasa.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Jika anda mempunyai soalan dan pertanyaan, sila rujuk kepada pihak yang berwajib di bawah ini :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747.
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566.
- E-mel : str@treasury.gov.my.