BANTUAN RM150 BUJANG MYSARA 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN RM150 BUJANG MYSARA 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Mulai tahun 2024, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Terdapat dua (2) kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah pengkalan data e-Kasih dan JKM. Kategori bujang juga turut menerima bantuan mySARA ini dengan jumlah sebanyak RM150.

Bagaimanakah cara permohonan dan semakan bantuan rm150 bujang mysara 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : STR FASA 1 : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN

APA ITU BANTUAN MYSARA

Bantuan MySARA atau nama rasminya adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan wang tambahan untuk membantu gologan miskin tegar yang tersenarai dalam data e-Kasih. Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan untuk digunakan membeli barangan keperluan asas di kedai runcit atau pasaraya yang terpilih.

SENARAI BARANGAN MYSARA

Berikut merupakan senarai 10 kategori barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan mySARA :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak Masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mee segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.

LANGKAH PEMBELIAN MYSARA

Berikuti merupakan langkah pembelian dengan menggunakan mySARA di kedai/pasaraya terpilih :

  1. Pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori seperti di atas yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjukkan Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
  3. Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
  4. Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
  5. Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM150 BUJANG MYSARA

  • Bujang belum berkahwin atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Berada dalam data e-Kasih.

SEMAKAN BANTUAN RM150 BUJANG MYSARA 2024

Ikuti cara semakan bantuan MySARA bujang RM150 2024 secara online seperti di bawah :

  1. Sila ke pautan MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah(SARA)] [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda tanpa (-). Contoht : 85XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik pada butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
  7. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN MYSARA BUJANG

Berdasarkan kenyataan pada soalan lazim di Portal Rasmi Mykasih, anda tidak perlu mengemukakan permohonan kerana kelayakan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih; atau sekiranya anda tidak pernah membuat permohonan MyKasih, anda boleh ikuti cara permohonan lengkap di pautan di bawah :

https://kerajaanonline.com/my-kasih-register/

RUJUKAN

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Tel: (603) 7720 1800.
  • E-mel : info@mykasih.com
  • https://www.mykasih.com.my/contact-us/

Leave a Comment