BANTUAN ASAS RAHMAH RM1000 2023 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN ASAS RAHMAH RM1000 2023 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Berikutan tular perkongsian di media sosial mengenai Bantuan Asas Rahmah sebanyak RM1,000, pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telah menafikan dan menyatakan itu adalah palsu. Sebaliknya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebanyak RM600 sahaja yang disalurkan kepada kategori miskin tegar sebanyak RM100 sebulan melalui MyKad.

Bagaimanakah cara permohonan dan semakan bantuan asas rahmah 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RM150 BUJANG MYSARA : PERMOHONAN & SEMAKAN

APA ITU BANTUAN ASAS RAHMAH

Bantuan Asas Rahmah adalah salah satu inisiatif kerjaan untuk membantu golongan miskin tegar yang tersenarai dalam data e-kasih. Bantuan ini adalah untuk membantu rakyat dalam mendepani isu kos sara hidup. Dengan adanya sumbangan ini dapat menampung sebahagian perbelanjaan keperluan asas di kedai atau pasaraya yang terpilih.

KADAR BANTUAN ASAS RAHMAH

Kadar Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah sebanyak RM600 yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan bermula 17 Julai sehingga Disember 2023 seperti senarai di bawah :

BULANJUMLAH BAYARAN
Julai 2023RM100
Ogos 2023RM100
September 2023RM100
Oktober 2023RM100
November 2023RM100
Disember 2023RM100

KAEDAH BAYARAN SARA

NEGERI TERLIBATKAEDAH PELAKSAAN SARA
Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu, Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan JohorBantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan LabuanBayaran RM600 sekali gus melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikhususkan kepada penerima isi rumah adalah kategori miskin tegar yang dikenalpasti melalui pangkalan data e-Kasih. Kelayakan ini terhad kepada :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.

LANGKAH PEMBELIAN SARA

Berikut adalah langkah-langkah membeli barangan keperluan asas dengan menggunakan bantuan SARA, seperti di bawah :

  1. Pilih barangan yang anda perlukan di kedai runcit/pasaraya terpilih berdekatan dan pilih mengikut 10 kategori barangan yang diberikan. (Lihat kedai/pasaraya & senarai barangan) di sini : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
  2. Setelah selesai memilih barang, pergi ke kaunter pembayaran.
  3. Kemudian, nyatakan kepada juruwang bahawa anda ingin membayar menggunakan MySARA dengan menggunakan MyKad anda.
  4. Jumlah pembelian anda akan ditolak dari baki MyKad anda.
  5. Dapatkan resit pembelian dari juruwang yang tertulis baki.

SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH RM1000

Ikuti cara semakan Bantuan Asas Rahmah (SARA) 2023 online seperti di bawah :

  1. Sila layari laman Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Kemudian, klik pada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Mykad pemohon tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Untuk permohonan Bantuan Asas Rahmah (SARA), pemohon perlu daftar permohonan e-Kasih, seperti berikut :

  1. Layari Portal e-Kasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan dalam setiap ruangan dan klik [Next].
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan betul.
  4. Klik pada pengesahan diri.
  5. Kemudian, Klik [Sumbit] untuk menghantar permohonan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi info berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
  • Emel : info@mykasih.com.

Leave a Comment