PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP 2024 : RM1,200
Di bawah data e-Kasih dan JKM, diperkenalkan dua kategori baharu iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar yang layak menerima RM100 setiap bulan selama 12 bulan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula Januari 2024.
Penerima SARA juga akan turut layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak).
Bagaimanakah permohonan bantuan sara hidup RM1200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN ASAS RAHMAH RM1000 : PERMOHONAN & SEMAKAN
PENGENALAN BANTUAN SARA HIDUP 2024
Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup atau nama rasminya ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan keperluan asas isi rumah miskin dan miskin tegar di Malaysia. Bantuan ini dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Pembelian adalah sah di kedai atau pasaraya yang terpilih dan mengikut 10 kategori barangan keperluan yang telah ditetapkan.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP
Pelbagai kategori akan turut menerima bantuan ini (berdasarkan data e-kasih dan JKM) mengikut kadar yang ditetapkan seperti di bawah :
KATEGORI | KADAR | BIL. PENERIMA |
---|---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 | 0.2juta |
STR Miskin | RM1,200 | 0.5juta |
STR Isi Rumah | RM300 | 3.7juta |
STR Bujang | RM150 | 4.3juta |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP
Berikut merupakan jadual pembayaran Bantuan SARA Hidup yang akan dikreditkan kepada MyKad penerima seperti berikut :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
Januari 2024 | RM100 |
Februari 2024 | RM100 |
March 2024 | RM100 |
April 2024 | RM100 |
Mei 2024 | RM100 |
Jun 2024 | RM100 |
Julai 2024 | RM100 |
Ogos 2024 | RM100 |
September 2024 | RM100 |
Oktober 2024 | RM100 |
November 2024 | RM100 |
Disember 2024 | RM100 |
LANGKAH PEMBELIAN SARA
Berikut adalah langkah membeli barangan bantuan SARA Hidup, seperti di bawah :
- Pilih barangan keperluan (lihat 10 kategori barangan keperluan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga); atau lihat di sini.
- Tunjukkan Mykad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan berdasarkan 10 kategori yang dibenarkan.
- Bayar menggunakan MyKad (Masukkan 6-digit nombor PIN anda).
- Simpan resit untuk semakan transaksi pembelian.
PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP
Untuk mengetahui cara mengemukakan permohonan anda boleh rujuk di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
- Pendaftaran penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
- Berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudiannya akan disemak sekali lagi dengan data daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Anda perlu mengenalpasti dan buat semakan pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu RM1,500 untuk bandar atau RM1,000 untuk luar bandar sebulan.
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.