PERMOHONAN BANTUAN BUJANG RM500 2024
Ketika pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kadar bayaran bantuan bagi kategori bujang telah dinaikkan sehingga RM500 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2024.
Bagaimanakah permohonan bantuan bujang rm500 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP : RM1,200
APA ITU BANTUAN BUJANG RM500
Terdapat dua (2) jenis bantuan yang akan disalurkan kepada kategori bujang iaitu melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mengikut data e-Kasih dan JKM. Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa.
JUMLAH BANTUAN BUJANG 2024
Berikut adalah jenis dan jumlah Bantuan Bujang bagi tahun 2024, seperti di bawah :
JENIS BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | RM350 |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | RM150 |
Jumlah keseluruhan bantuan : | RM500 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN BUJANG
Berikut adalah kaedah pembayaran yang akan disalurkan kepada kategori bujang, seperti di bawah :
JENIS BANTUAN | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Dikreditkan ke akaun bank penerima secara automatik dan berperingkat. |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan/sekaligus. |
TARIKH BAYARAN BANTUAN BUJANG
Tarikh bayaran fasa satu (1) bagi STR dijangka pada bulan Februari 2024 iaitu sebelum Ramadhan dan tarikh bagi SARA dijangka seawal bulan Januari 2024. Bagaimanapun tarikh akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dilakukan.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan telah ditetapkan untuk penerima bantuan bujang seperti berikut :
- Bujang belum berkahwin atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- Berpendapatan RM2,500 ke bawah.
Nota : Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta TIDAK dibenarkan membuat permohonan sebagai kategori bujang.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN BUJANG RM500
Tarikh permohonan baharu bagi bantuan 2024 akan dibuka bermula November 2023 dan permohonan dibuka sepanjang tahun berbanding tahun sebelum ini hanya dibuka sekali sahaja setahun.
PERMOHONAN BANTUAN BUJANG RM500
Ikuti cara permohonan baharu Bantuan Bujang (STR) seperti di bawah :
- Sila klik pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Kemudian, klik [Permohonan Baharu].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan.
- Seterusnya, pergi ke bahagian [Log Masuk].
- Tekan butang [Semak].
- Kemudian, tekan [Ya] sekiranya frasa Keselamatan anda betul.
- Sila masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
- Tekan [Log masuk].
- Anda akan dipaparkan pada Halaman Utama Portal.
- Seterusnya, klik [Kemaskini Permohonan].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dengan lengkap dan tepat.
- Tandakan pada kotak di bahagian [Perakuan Diri].
- Dan tekan butang [Hantar].
- Permohonan anda berjaya dihantar kepada pihak LHDN.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi talian hotline mySTR : 03 8882 4565.
- Emelkan : str@treasury.gov.my.;atau
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.
Umur 20 dptkah