STR 2024 SEMAKAN STATUS : CHECK BAYARAN FASA 1

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

STR 2024 SEMAKAN STATUS : CHECK BAYARAN FASA 1

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan dan meningkatkan kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024 kepada 60 peratus penduduk dewasa Malaysia dari golongan B40 dan M40. Kadar bantuan dinaikkan sehingga 10 billion ringgit.

Bagaimanakah cara semakan status bayaran fasa 1 str 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : LOG MASUK STR : CARA LOGIN

SEMAKAN STATUS SYARAT KELAYAKAN STR 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk semua kategori di bawah :

  1. Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia.
    • Status berkahwin (ada atau tiada anak).
    • Balu / Ibu atau bapa tunggal (yang mempunyai anak).
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
  2. Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia.
    • Had umur 60 tahun ke atas.
    • Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada tanggungan).
    • Pendapatan kasar kurang dari RM5,000 sebulan.
  3. Bujang :
    • Warganegara Malaysia.
    • Had umur 21 hingga 59 tahun.
    • Bujang belum berkahwin / Balu / Janda / Duda (tiada anak).
    • Pendapatan individu RM2,500 ke bawah.
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

KADAR BAYARAN STR 2024

Berikut adalah kadar bayaran yang ditetapkan kepada setiap kategori :

  • Isi Rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAHKADAR BAYARAN
RM2,500 dan ke bawahRM1,000 hingga RM2,500
(bergantung bilangan anak)
RM2,501 hingga RM5,000RM500 hingga RM1,250
(bergantung bilangan anak)
  • Warga Emas :
PENDAPATAN INDIVIDUKADAR BAYARAN
RM5,000 dan ke bawahRM600
  • Bujang :
PENDAPATAN INDIVIDUKADAR BAYARAN
RM2,500 dan ke bawahRM350

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Berikut adalah tarikh pembayaran STR 2024 fasa 1 :

TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Februari 2024
*Dijangka sebelum Ramadan 2024, bagaimanapun tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.

STR 2024 SEMAKAN STATUS

Ikuti cara semakan status bayaran STR 2024 seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM; atau klik di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon (contoh : 82XXXXXXXXXX) di ruangan No MyKad.
  3. Kemudian, klik [Log Masuk].
  4. Klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa Keselamatan pemohon adalah betul, sila tekan [Ya].
  6. Sila masukkan Kata Laluan pemohon dengan betul.
  7. Seterusnya, klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan pada [Halaman Utama Portal].
  9. Kemudian, klik pada butang [Semakan].
  10. Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].
  11. Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa 1.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda ingin mengajukan soalan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my

Leave a Comment