BANTUAN BMT 800 : PERMOHONAN & SEMAKAN (2023)
Makluman kepada warganegara Malaysia yang merupakan pekebun kecil atau penoreh yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), anda kini boleh memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
Bagaimankah cara permohonan dan semakan bmt secara online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI BANTUAN KERAJAAN : UNTUK B40/M40/BUJANG/PENJAWAT AWAM
APA ITU BMT
BMT adalah singkatan dari Bantuan Musim Tengkujuh yang diperkenalkan oleh pihak RISDA untuk membantu pekebun kecil atau penoreh yang berdaftar dan memenuhi syarat kelayakan. Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan pekebun kecil dan penoreh yang terjejas pendapatan akibat hujan/banjir dan tidak dapat meneruskan aktiviti berkebun seperti biasa.
SYARAT KELAYAKAN BMT
- Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah.
- Warganegara Malaysia.
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Pemilik tanah yang sah.
- Satu (1) lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan.
- Bukan Pemilik Tanah dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah.
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Satu (1) lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.
Nota : Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
JUMLAH BAYARAN BMT
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak adalah sebanyak RM800 tetapi akan dikreditkan secara ansur selama tempoh 4 bulan sebanyak RM200 sebulan.
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran bantuan ini akan dibuat selama 4 kali iaitu RM200 pada setiap bulan seperti berikut :
- November 2023.
- Disember 2023.
- Januari 2024.
- Februari 2024.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA adalah bermula 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023.
PERMOHONAN BANTUAN BMT 800
CARA PERMOHONAN BMT 800 2023 SECARA ONLINE.
- Sila layari laman Rasmi Pekebun Kecil RISDA.
- Klik [ Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon serta Kata Laluan dengan betul.
- Kemudian, tekan [Log Masuk].
- Atau sekiranya anda belum pernah mendaftar sila klik [Daftar Pengguna].
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan yang disediakan.
- Tekan [Carian].
- Sila isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Baca dengan teliti dan tandakan pada kotak perakuan.
- Klik [Hantar].
- Selepas selesai membuat pendaftaran, sila [Log Masuk] kembali untuk membuat permohonan.
- Seterusnya, klik [Mohon Bantuan BMT].
- Sekiranya maklumat anda tidak lengkap, sila tekan [Sila Lengkapkan Profil Pengguna & Profil Tanah Anda].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Klik pada butang [Seterusnya].
- Buat [Pengesahan] permohonan Bantuan BMT.
- [Hantar] dan akan dipaparkan ‘Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar’.
- Selesai.
CARA PERMOHONAN BMT DI PEJABAT RISDA
- Anda perlu ke kaunter Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA daerah berdekatan anda.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak RISDA untuk memudahkan proses permohonan.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan Bantuan Musim Tengkujuh :
- Pekebun Kecil Pemilik Tanah.
- Kad pengenalan pemohon dan berserta salinan.
- Geran asal tanah dan juga salinan.
- Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank penerima.
- Penoreh Bukan Pemilik Tanah.
- Salinan kad pengenalan penoreh serta pemilik tanah.
- Geran asal tanah dan salinan.
- Salinan kad PAT-G.
- Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank penerima.
SEMAKAN BMT ONLINE
CARA SEMAKAN STATUS BMT SECARA ONLINE (UNTUK MELIHAT STATUS BAYARAN ATAU KELULUSAN).
- Pergi ke halaman rasmi Semakan BMT di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
- Tekan [Log Masuk].
- Isi Nombor Kad Pengenalan.
- Isi Kata Laluan.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Pergi menu [Profil BMT].
- Paparan akan menunjukkan seperti di bawah.
- Maklumat Pemohon.
- Maklumat Tanah.
- Akaun Penerima.
- Dokumen Sokongan.
- Status.
- Sila lihat di bahagian [Status].
- Jika paparan menunjukkan Status Dalam Proses Pengesahan ini bermakna permohonan dalam proses semakan dan kelulusan permohonan oleh Pejabat RISDA di mana pilihan telah dibuat.
- Jika paparan menunjukkan Status Lulus / Gagal itu bermakna keputusan permohonan BMT.
- Sekiranya semakan BMT anda berstatus lulus, maka anda akan menerima duit Bantuan Musim Tengkujuh mengikut tarikh dan jadual yang ditetapkan oleh pihak RISDA.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak berwajib di talian hotline 03 42510171 atau emelkan ke webmaster@risda.gov.my . Pihak kami hanya berkongsi informasi di atas bagi memudahkan urusan pelawat yang sedang mencari.