STR 2024 BUJANG : BAYARAN / JUMLAH
Kerajaan telah menyasarkan semula subsidi dan membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024. Penerima STR adalah sebanyak 9 juta atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024 juga akan dinaikkan sebanyak 2 billion ringgit daripada 8 billion ringgit tahun 2023 kepada 10 billion ringgit pada tahun 2024.
Berapakah jumlah bayaran STR kepada kategori bujang? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR : BUJANG/WARGA EMAS/ ISI RUMAH B40 & M40
JUMLAH BANTUAN BUJANG STR 2024
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
BUJANG | Daripada RM350 (2023) Kepada RM500 (2024) |
SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Berumur 21-59 tahun.
- Berpendapatan RM2,500 kebawah.
NOTA : Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan TIDAK dibenarkan membuat permohonan sebagai kategori bujang.
TARIKH PERMOHONAN STR 2024
Jika sebelum ini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya dibuka sekali sahaja setahun, kini permohonan STR bagi tahun 2024 akan dibuka sepanjang tahun bermula pada bulan November 2023.
TARIKH PEMBAYARAN PERTAMA STR 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengjangkakan tarikh pembayaran pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2024 akan disalurkan seawal bulan Februari 2024 sebelum bulan Ramadan. Namun tarikh tersebut akan diumumkan secara rasmi nanti.
KADAR PEMBAYARAN
Kadar pembayaran kepada kategori bujang adalah sebanyak RM500 dan pembayaran adalah mengikut fasa yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti.
STR 2024 BUJANG
CARA PERMOHONAN STR BUJANG 2024 ONLINE.
- Sila layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Kemudian, klik [Permohonan Baharu].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan.
- Seterusnya, pergi ke bahagian [Log Masuk].
- Tekan butang [Semak].
- Kemudian, tekan [Ya] sekiranya frasa Keselamatan anda betul.
- Sila masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
- [Log masuk].
- Anda akan dipaparkan pada Halaman Utama Portal.
- Seterusnya, klik [Kemaskini Permohonan].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dengan lengkap dan tepat.
- Tandakan pada kotak di bahagian [Perakuan Diri].
- Dan tekan butang [Hantar].
- Permohonan anda berjaya dihantar kepada pihak LHDN.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan tentang STR 2024, anda boleh hubungi talian hotline mySTR 03 8882 4565 atau emelkan ke str@treasury.gov.my.