JUMLAH BANTUAN STR 2024 : BUJANG/WARGA EMAS/ ISI RUMAH B40 & M40

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

JUMLAH BANTUAN STR 2024 : BUJANG/WARGA EMAS/ ISI RUMAH B40 & M40

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023, dan telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak 2 billion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 billion ringgit ke 10 billion ringgit. 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia akan menerima manfaat daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Berapakah jumlah bantuan STR 2024 untuk kategori bujang / warga emas / isi rumah B40 dan M40? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : LOGIN STR : LOG MASUK PORTAL RASMI

TARIKH PERMOHONAN STR 2024

Tarikh permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan dibuka bermula November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding sebelum ini hanya dibuka sekali sahaja setahun.

TARIKH BAYARAN PERTAMA STR 2024

Tarikh bayaran pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dijangka akan disalurkan pada sebelum bulan Ramadan iaitu pada bulan Februari 2024.

JUMLAH BAYARAN PERTAMA STR 2024

Jumlah bayaran pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 untuk isi rumah B40 biasanya maksimum RM300 sahaja, namun jumlah bayaran pertama bagi STR 2024 akan dinaikkan maksimum kepada RM500.

JUMLAH BANTUAN STR 2024

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN PENERIMA
BUJANGDaripada RM350 kepada RM500
ISI RUMAHDaripada RM3100 kepada RM3700

Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk teks ucapan penuh Belanjawan 2024 di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/ub24.pdf.

JUMLAH BANTUAN STR 2024

CARA SEMAKAN STATUS STR 2024 ONLINE.

  1. Sila pergi ke Laman Rasmi MySTR.

  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad mySTR.

  3. Kemudian, klik [Log Masuk].

  4. Klik [Semak].

  5. Sekiranya frasa Keselamatan anda betul, sila tekan [Ya].

  6. Sila masukkan Kata Laluan anda dengan betul.

  7. Seterusnya, klik [Log Masuk].

  8. Anda akan dipaparkan pada Halaman Utama Portal.

  9. Kemudian, tekan pada butang [Semakan].

  10. Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].

  11. Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa semasa.

  12. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan berkaitan STR, anda kini boleh menghubungi talian hotline mySTR 03 8882 4565 atau emelkan ke str@treasury.gov.my.

Leave a Comment