SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024 UNTUK B40/M40/BUJANG/PENJAWAT AWAM : SEMAK SEKARANG
Pada 13 Oktober 2023, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan belanjawan bagi tahun 2024. Kerangka Ekonomi MADANI sudah memeta matlamat yang jelas iaitu untuk meningkatkan darjat hidup rakyat Malaysia dan kembali menjadi jaguh ekonomi serantau.
Untuk itu, sumber kewangan negara harus diurus dengan cekap disamping memastikan khazanah watan menghasilkan kemaslahatan buat seluruh rakyat.
Justeru, sebagai langkah meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat, Kerajaan Perpaduan bertanggungjawab meluaskan asas hasil.
Apakah senarai bantuan kerajaan 2024 kepada B40 & M40, bujang dan penjawat awam? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR : BUJANG/WARGA EMAS/ ISI RUMAH B40 & M40
SENARAI BANTUAN KERAJAAN
SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2024
BANTUAN B40 & M40 2024
Berikut merupakan senarai bantuan kepada isi rumah B40 dan M40 :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Akan disalurkan mengikut fasa kepada 9 juta penerima.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
- Skim Perubatan Madani (SPM).
- Penerima STR akan layak menerima skim perubatan Madani.
- Semak kelayakan anda di sini : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/.
- Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.
- Manfaat kepada lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah e-Kasih.
BANTUAN BUJANG 2024
Berikut merupakan senarai bantuan kerajaan kepada belia/bujang :
- Bantuan Lesen Memandu.
- Lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.
- FLYsiswa (Bantuan subsidi pembelian tiket).
- Ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar kurang mampu untuk pulang ke kampung halaman.
- Sukarelawan Belia.
- Ganjaran RM500 kepada belia yang berjaya melalukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Program Rakan Muda.
- 20 juta ringgit disediakan untuk Rakan Muda memperbanyak pengisian program-program belia.
- Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).
- Peruntukan sebanyak 20 juta ringgit untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia dan peluang pekerjaan.
- Skim TEKUN Belia Mobilepreneur.
- Peruntukan 10 juta ringgit bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.
- E-Sukan.
- 30 juta ringgit peruntukan untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia.
BANTUAN PENJAWAT AWAM 2024
Berikut adalah senarai bantuan kerajaan kepada penjawat awam :
- Kuarters Penjawat Awam.
- Peruntukan 2.4 billion ringgit untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam (guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba).
- Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi.
- Kemudahan bantuan bayaran pakaian meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak.
- Skim Ex-Gratia Bencana Kerja.
- Ditingkatkan daripada 4,000 ringgit kepada 6,000 ringgit (penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas).
- Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
- Sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform).
- Bayaran Insentif RM1,000 kepada semua pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen).
Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk teks ucapan penuh Belanjawan 2024 di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/ub24.pdf.
Tiada akaun
Saya terima sumbangan Rahmah$100
is jobless entitle for STR 2024