BANTUAN 100 SEBULAN 2024 : PERMOHONAN / SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN 100 SEBULAN 2024 : PERMOHONAN / SEMAKAN

Pada 13 Oktober 2023, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan belanjawan 2024 dimana ia turut membentangkan belanjawan untuk meneruskan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun hadapan dan akan dikreditkan ke dalam MyKad kepada 700 ribu penerima STR

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 akan diperluaskan manfaat kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan yang mana sebelum ini hanya diberikan selama 6 bulan sahaja.

BACA JUGA : STR BUJANG : BAYARAN / JUMLAH

APA ITU SARA 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelayakan untuk membantu golongan miskin tegar. Untuk makluman, kategori golongan miskin tegar ini dirujuk berdasarkan pengkalan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit yang terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad sahaja.

SYARAT KELAYAKAN SARA 2024

Berikut merupakan syarat kelayakan memohon bantuan Sumbangan Asas Rahmah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

TARIKH BAYARAN SARA 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 untuk membeli barangan makanan asas terpilih. Pembayaran pertama akan disalurkan kemungkinan pada bulan Februari sebelum ramadan (akan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri nanti).

BANTUAN 100 SEBULAN

CARA SEMAKAN BANTUAN 100 ONLINE.

  1. Sila layari puatan rasmi Semakan Status SARA di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.

  2. Kemudian, masukkan Nombor MyKad di ruangan yang disediakan.

  3. Masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.

  4. Klik butang [Semak Status].

  5. Maklumat status kelulusan anda akan dipaparkan.

  6. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN 100

Berdasarkan kenyatan di soalan lazim di Portal MyKasih, anda tidak perlu membuat permohonan. Kelayakan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih.

NOTA : Untuk pengetahuan anda, kategori miskin tegar di Malaysia diukur berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019).

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA 2024

Kaedah penerimaan bantuan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut :

  1. Semenanjung Malaysia.
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan secara autocredit ke dalam MyKad penerima.
  2. Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.
    • Bayaran sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

10 KATEGORI ASAS YANG BOLEH DIBELI

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Tepung.
  • Minuman.
  • Bahan perasa.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Makanan dalam tin.
  • Minyak masak.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai soalan atau masalah berkaitan bantuan sumbangan asas rahmah, anda boleh ajukan kepada pihak terlibat seperti di bawah :

LHDNM : 1-800-88-2747

MOF : 03-8882 4565 / 4566

MyKasih : 03-7720 1800

2 thoughts on “BANTUAN 100 SEBULAN 2024 : PERMOHONAN / SEMAKAN”

    • Selamat pagi tuan..ada kah days layak dapat bantuan dari ekasih. Saya ada lah category ibu tunggal. Terima kasih.

      Reply

Leave a Comment