PADU REGISTRATION 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PADU REGISTRATION 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

Untuk makluman anda, bermula pada 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun hendaklah buat pendaftaran dan kemaskini maklumat anda ke dalam PADU.

PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Bagaimanakah PADU Registration 2024 atau Daftar secara online? Info lanjut rujuk di sini.

Baca juga : CHECK BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKAD : SEMAK SEKARANG

APA ITU PADU

PADU adalah singkatan kepada Sistem Pangkalan Data Utama. Pangkalan Data Utama ini mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Untuk maklumat anda, PADU berbeza dengan dengan program ID Digital Nasional (IDN). Di mana, Pangkalan Data Utama PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Sistem Pangkalan Data Utama ini menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Kelak pelaksanaan proses integrasi antaran IDN dan PADU akan dilaksanakan.

KEPENTINGAN REGISTRATION PADU 2024

Berikut adalah sebab-sebab keperluan untuk rakyat Malaysia berdaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama ini :

  1. Menerusi pendaftaran dan kemaskini maklumat dalam portal ini, anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.
  2. Memudahkan urusan kelayakan menerima Subsidi Kerajaan Malaysia bersasar.
  3. Memudahkan urusan menyalurkan bantuan kerajaan kepada golongan yang betul-betul memerlukan.

KEPENTINGAN PENDAFTARAN SISTEM PADU

PADU berperanan untuk memastikan anda menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.

PADU REGISTRATION 2024

PANDUAN LENGKAP PADU REGISTRATION 2024 ATAU DAFTAR ONLINE.

  1. Klik Pautan Rasmi Daftar Sistem PADU di sini : https://www.padu.gov.my/auth/daftar.

  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama [PENDAFTARAN AKAUN].

  3. Langkah 1, isi butiran di ruangan [MAKLUMAT ASAS].

  4. Masukkan [Nama Penuh] seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan.

  5. Masukkan [No Kad Pengenalan].

  6. Isi ruangan [Poskod].

  7. Isi [Nombor Telefon] dan pastikan No Tel tersebut aktif dan boleh dihubungi.

  8. Masukkan [E-mel] yang masih aktif.

  9. Kemudian, tekan butang [Seterusnya].

  10. Anda akan meneriam Notifikasi [Kod Pengesahan OTP] telah dihantar ke Nombor Telefon Bimbit anda.

  11. Sila masukkan KOD OTP yang dihantar tersebut di ruangan [Kod Pengesahan OTP].

  12. Tekan butang [Seterusnya].

  13. Anda dibawa ke laman [Tetapkan Kata Laluan].

  14. Sila isi [Kata Laluan / Password] mengikut kriteria yang dikehendaki dan pastikan anda simpan di tempat yang mudah di capai.

  15. Seterusnya, tekan butang [Seterusnya].

  16. Anda akan dibawa ke laman terakhir pendaftaran iaitu [Pengesahan Identiti].

  17. Sila [Imbas / Scan Kod QR] menggunakan telefon bimbit anda untuk membuat pengesahan identiti (e-KYC) untuk selesaikan pendaftaran akaun PADU anda.

  18. Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan menerima notifikasi di Nombor Telefon Bimbit seperti ini [RM0 PADU : Tahniah, pengesahan identiti anda berjaya! Lengkapkan maklumat profil dan buat pengakuan di Sistem PADU.]

  19. Anda boleh memulakan kemaskini atau penambahan dan perubahan maklumat diri di dalam Sistem PADU ini.

  20. Selesai.

VIDEO PENDAFTARAN AKAUN PADU ONLINE

Anda boleh ikuti video panduan lengkap cara daftar PADU 2024 secara online di www padu gov my bawah :

VIDEO DAFTAR PADU ONLINE

CARA DAFTAR SISTEM PADU DI KAUNTER

Disebabkan tahap capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, Pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama.

Untuk pendaftaran akaun Sistem PADU MALAYSIA di kaunter seperti di bawah :

CARA DAFTAR SISTEM PADU DI KAUNTER

Untuk makluman anda, jika anda ingin membuat pendaftaran di kaunter pastikan anda membawa dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :

  1. Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
  2. Maklumat bank
  3. Pendidikan tertinggi
  4. Maklumat pekerjaan
  5. Maklumat pendapatan
  6. Maklumat komitmen

SOALAN LAZIM

  1. Adakah semua rakyat Malaysia perlu register akaun PADU?
    • Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam PADU.
  2. Adakah saya perlu mendaftar sekiranya tidak memerlukan sebarang bantuan daripada Kerajaan Malaysia?
    • Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

RUJUKAN PADU REGISTRATION 2024

Sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi info yang terkini berkenaan perkara di atas bagi memudahkan urusan pihak yang terlibat.

Talian Hotline Sistem PADU : https://padu.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do?aplCode=ms (BORANG ADUAN PADU).

ARTIKEL BERKAITAN

2 thoughts on “PADU REGISTRATION 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG”

Leave a Comment