SEMAKAN BANTUAN RM1200 DALAM IC 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (secara tunai secara berfasa) dan Sumbangan Asas Rahmah (dikreditkan ke dalam IC penerima).
Bagaimanakah cara semakan status bantuan rm1,200 dalam ic 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN RM1200 MYKAD : DAFTAR ONLINE
APA ITU BANTUAN RM1200 DALAM IC
Ia merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dikreditkan ke dalam ic (MyKad) penerima mengikut jumlah dan kategori yang ditetapkan. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat menampung perbelanjaan keperluan asas bulanan.
KATEGORI PENERIMA
Bantuan dalam ic akan diberikan kepada penerima yang layak mengikut jumlah dan kategori seperti berikut :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN | BIL. PENERIMA |
---|---|---|
Miskin Tegar | RM1,200 | 0.2j |
Miskin | RM1,200 | 0.5j |
Isi Rumah Asas | RM300 | 3.7j |
Bujang / Warga Emas | RM150 | 4.3j |
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN RM1200 DALAM IC
Ikuti cara penggunaan / pembelian dengan bantuan dalam ic (Mykad) seperti di bawah berikut :
- Pergi ke kedai / pasaraya terpilih yang berdaftar (lihat senarai kedai / pasaraya terpilih berhampiran anda [Di sini]).
- Pilih barangan keperluan berdasarkan label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad pemohon kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
SEMAKAN BANTUAN RM1200 DALAM IC 2024
Ikuti cara semakan status Bantuan RM1,200 Dalam IC 2024 secara online seperti di bawah berikut :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas untuk mudahkan carian anda. Sekiranya anda ingin mengajukan soalan berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.