PERMOHONAN BANTUAN RM1200 MYKAD : DAFTAR ONLINE SEKARANG
Menurut pembentangan Belanjawan 2024 dan data dari e-Kasih dan JKM, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan bernilai RM150 hingga RM1,200 berdasarkan kategori yang layak. Bantuan ini akan disalurkan bermula awal tahun hadapan dan selama tempoh 12 bulan.
Bagaimanakah cara permohonan online bantuan rm1,200 mykad? Ikuti penjelasan selanjutnya di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN STR : PERMOHONAN & SEMAKAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM1200
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk permohonan bantuan RM1,200 MyKad seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus (lulus) penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan.
- Golongan sasar.
- Tersenarai dalam pengkalan data eKasih.
AMAUN BANTUAN MYKAD
Berikut merupakan amaun Bantuan Mykad mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Miskin Tegar. | RM1,200 |
Miskin. | RM1,200 |
Isi Rumah (bukan miskin / miskin tegar). | RM300 |
Bujang (umur 21 tahun ke atas) atau warga emas (60 tahun ke atas) tiada pasangan. | RM150 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN RM1200 MYKAD
Berikut merupakan kaedah pembayaran Bantuan RM1,200 seperti di bawah :
KAEDAH BAYARAN |
---|
Dikreditkan ke dalam Mykad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan. |
PERMOHONAN BANTUAN RM1200 MYKAD
Ikuti cara permohonan bantuan RM1,200 MyKad seperti di bawah berikut :
- Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan ini : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.
- Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
- Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
- Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
- Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Klik butang [Teruskan].
- Tandakan pada perakuan diri.
- Tekan butang [Hantar].
- Selesai.
*Menurut sumber, pemohon tidak perlu mengemukakan permohonan kerana bantuan ini adalah dirujuk pengkalan data eKasih dan JKM. Justeru pemohon perlu mendaftar e-Kasih.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja. Sila rujuk pihak berwajib di bawah sekiranya mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan bantuan ini :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.
Kalau bantu warga mas. Jangan terlalu banyak Ceri Ceri. Sekarng banyak tipu di online. Kami ingin, takut ini scam
Betul ke b dapat bantuan rm1200