BANTUAN TAMBAHAN STR 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Bermula pada tahun 2024, kerajaan akan menaikkan kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan memberi bantuan tambahan berupa barangan keperluan asas melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai sehingga RM1,200 selama tempoh 12 bulan kepada 700 ribu penerima yang layak.
Bagaimanakah cara permohonan dan semakan bantuan tambahan str 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN STR 2024 : SECARA ONLINE
APA ITU BANTUAN TAMBAHAN STR 2024
Bantuan Tambahan STR ialah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan untuk membeli barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang ditetapkan di kedai atau pasaraya terpilih (berdekatan anda).
SENARAI PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN
Berikut merupakan senarai penerima mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah :
SENARAI PENERIMA | BIL. PENERIMA |
---|---|
STR Miskin Tegar | 0.2j |
STR Miskin | 0.5j |
STR Isi Rumah (Bukan miskin / miskin tegar) | 3.7j |
STR Bujang (termasuk warga emas tiada pasangan) | 4.3j |
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN 2024
Berikut merupakan jumlah bantuan tambahan (STR dan SARA) mengikut kategori seperti di bawah :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah (Miskin dan Miskin Tegar) | STR RM1,000 hingga RM2,500 + SARA RM1,200 = RM2,200 hingga RM3,700 (Bergantung bilangan anak / tanggungan) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (Bukan Miskin / Miskin Tegar) | STR RM500 hingga RM1,250 + SARA RM300 = RM800 hingga RM1,550 (Bergantung bilangan anak / tanggungan) |
Bujang Pendapatan RM2,500 dan Warga Emas tiada pasangan | STR BUJANG RM350 + SARA RM150= RM500 STR WARGA EMAS RM600 + RM150= RM750 |
KAEDAH BAYARAN
Berikut merupakan kaedah pembayaran bantuan tambahan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak, seperti di bawah :
KAEDAH BAYARAN |
---|
Akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan (STR Miskin dan Miskin Tegar) selama tempoh 12 bulan. |
SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2024
Ikuti cara semakan bantuan tambahan seperti di bawah berikut :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2024
Menurut sumber, pemohon tidak perlu mengemukakan permohonan kerana bantuan ini adalah dirujuk pengkalan data eKasih dan JKM. Justeru pemohon perlu mendaftar e-Kasih (rujuk di sini) : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai soalan atau masalah berkaitan e-Kasih atau portal MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.
Saya tidak ada applikasi Telegram, dan tidak dapat terima OTP.
Adakah cara lain untuk perolehi OTP?