BANTUAN RAHMAH 2024 : SENARAI & JUMLAH
Terdapat beberapa senarai bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia dan peruntukan ditingkatkan oleh demikian penyelarasan kenaikan subsidi. Justeru, dari hasil penjimatan subsidi dapat diberikan kepada rakyat mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.
Pelbagai bentuk bantuan yang akan diberikan adalah bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan.
Apakah senarai dan jumlah bantuan rahmah 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN E WALLET : RM100 (B40 & M40)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat umum Bantuan Rahmah 2024 yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun (semasa tarikh permohonan).
- Status berkahwin atau bujang.
- Golongan B40 dan M40.
- Pendapatan isi rumah bawah dari RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000.
- Warga Emas berumur 60 tahun ke atas berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.
SENARAI BANTUAN RAHMAH 2024
Berikut adalah senarai pendek bantuan rahmah 2024, seperti di bawah :
- Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Program Skim Perubatan Madani (SPM).
- Bantuan Awal Persekolah (BAP).
- Program Jualan Rahmah.
- Program Rebat Bil Elektrik.
- Program MyLesen.
- Helmet Percuma.
- Projek Perumahan Rakyat (PPR).
- Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.
- Lain-lain bantuan 2024 boleh semak di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.
JUMLAH BANTUAN RAHMAH 2024
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan disalurkan mengikut jenis bantuan yang di tawarkan sepetti di bawah :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- STR 2024 akan disalurkan ke akaun bank penerima yang berkelayakan secara berperingkat dan berfasa. Berikut adalah jumlah bayaran keseluruhan mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :
KATEGORI | JUMLAH BAYARAN | BIL. PENERIMA |
---|---|---|
ISI RUMAH <RM2,500 | RM1,000 hingga RM2,500 (bergantung bilangan anak) | 3.1j |
ISI RUMAH RM2,501-RM5,000 | RM500 hingga RM1,250 (bergantung bilangan anak) | 1.0j |
WARGA EMAS | RM600 | 1.3j |
BUJANG <RM2,500 | RM350 | 3.3j |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Semua penerima STR akan turut menerima SARA (menurut data e-kasih dan JKM). Akan disalurkan menerusi MyKad penerima yang layak untuk memberi keperluan asas. Berikut adalah jumlah bantuan SARA :
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
STR MISKIN TEGAR | RM1,200 |
STR MISKIN | RM1,200 |
STR ISI RUMAH | RM300 |
STR BUJANG | RM150 |
BANTUAN RAHMAH 2024
NOTA: Cara semakan Bantuan Rahmah 2024 adalah mesti dirujuk pada link yang diberikan mengikut program bantuan yang ditawarkan.
- Skim Perubatan Madani (SPM) :
- Penerima STR akan layak menerima SPM untuk dapatkan rawatan percuma di klinik Swasta yang terpilih. Rujuk cara register di bawah : https://kerajaanonline.com/register-skim-perubatan-madani/.
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
- Bantuan yang akan disalurkan seawal Januari 2024 untuk semua murid/pelajar sekolah rendah dan menengah. Rujuk di sini : https://kerajaanonline.com/permohonan-bantuan-persekolahan-2024/.
- Program Jualan Rahmah :
- Penawaran barangan keperluan asas pada harga sehingga 30% lebih rendah ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.
- Program Rebat Bil Elektrik :
- Sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dan pengecualian bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.
- Program MyLesen :
- Bayaran ujian lesen memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi belia daripada keluarga kurang mampu. Cara permohonan rujuk di sini : https://kerajaanonline.com/borang-bantuan-lesen-memandu/.
- Program Helmet Percuma :
- Pemberian 100,000 helmet kepada keluarga kurang mampu termasuk agihan percuma kepada kanak-kanak.
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) :
- Meneruskan Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Rumah Mesra Rakyat dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat bagi pembinaan baru dan pembaikpulih rumah kediaman kumpulan miskin tegar. Cara permohonan rujuk di sini : https://kerajaanonline.com/permohonan-bantuan-rumah-pprt-online/.
- Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah :
- Manfaat kepada lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah e-Kasih.
RUJUKAN
Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk teks ucapan Belanjawan 2024 di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.