SEMAKAN BANTUAN MADANI 2024 : SENARAI & JUMLAH

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN BANTUAN MADANI 2024 : SENARAI & JUMLAH

Menurut pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia dengan menyalurkan melalui pelbagai bentuk bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, Skim Perubatan Madani dan pelbagai lagi.

Bagaimanakah semakan senarai dan jumlah bantuan madani 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN STR : FASA 4 SEMAK ONLINE

TUJUAN BANTUAN MADANI

Bantuan Madani adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin dan miskin tegar dari pelbagai kategori termasuk isi rumah dan bujang. Bantuan ini untuk membantu rakyat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi.

SENARAI & JUMLAH BANTUAN MADANI 2024

Berikut adalah senarai bantuan Madani 2024, seperti di bawah :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • RM10 billion ringgit disalurkan dan akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima mengikut kategori yang ditetapkan, seperti berikut :
BIL.
PENERIMA
KATEGORIJUMLAH BANTUAN
3.1 jutaIsi Rumah Pendapatan
RM2,500 kebawah
RM1,000 hingga RM2,500
(bergantung bilangan anak)
1.0 jutaIsi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM500 hinggan RM1,250
(bergantung bilangan anak)
3.3 jutaBujang Pendapatan
RM2,500 kebawah
RM350
1.3 jutaWarga Emas Tiada
Pasangan
RM600
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
BIL.
PENERIMA
KATEGORIJUMLAH
0.2 jutaSTR Miskin TegarRM1,200
0.5 jutaSTR MiskinRM1,200
3.7 jutaSTR Isi RumahRM300
4.3 jutaSTR BujangRM150
*Semua penerima STR turut layak menerima SARA mengikut data e-Kasih dan JKM.
  • Skim Perubatan Madani (SPM) :
    • Penerima STR akan layak menerima skim perubatan Madani. Semak kelayakan anda di sini :
PAUTAN RASMI SPM
https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
  • Program Jualan Rahmah :
    • Penawaran barangan keperluan asas pada harga sehingga 30% lebih rendah ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.
  • Program Rebat Bil Elektrik :
    • Sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dan pengecualian bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.
  • Program MyLesen :
    • Bayaran ujian lesen memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi belia daripada keluarga kurang mampu.
  • Helmet Percuma :
    • Pemberian 100,000 helmet kepada keluarga kurang mampu termasuk agihan percuma kepada kanak-kanak.
  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
    • RM150 kepada semua murid sekolah untuk mengurangkan beban ibubapa/penjaga untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak.
  • Projek Perumahan Rakyat :
    • Meneruskan Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Rumah Mesra Rakyat dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat bagi pembinaan baru dan pembaikpulih rumah kediaman kumpulan miskin tegar.
  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah :
    • Manfaat kepada lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah e-Kasih.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan sahaja untuk memudahkan carian anda. Untuk maklumat lebih terperinci, anda boleh buat rujukan di sini : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf

Leave a Comment