CHECK BANTUAN STR 2023 : FASA 4 SEMAK ONLINE
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan kewangan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dari semua kategori mengikut jumlah yang ditetapkan. Bantuan ini disalurkan secara berfasa dan kini adalah fasa keempat (4) iaitu fasa terakhir bagi tahun 2023.
Bagaimanakah cara semak bantuan str fasa 4 2023 online? Ikuti info selanjutnya di sini.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY : KEMASKINI PERMOHONAN
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4
Berikut adalah tarikh rasmi pembayaran bantuan STR Fasa 4 2023, seperti di bawah :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 4 2023 | Akan dikreditkan bermula 7 November hingga 9 November 2023. |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4
Berikut adalah kaedah pengkreditan bantuan STR Fasa 4 kepada rakyat :
ADA AKAUN BANK | TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4
Jumlah bayaran bantuan STR Fasa 4 2023 adalah mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Tiada | RM200 |
1-2 orang anak | RM500 |
3-4 orang anak | RM900 |
5 orang ke atas | RM1,200 |
- Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Tiada | 0 |
1-2 orang anak | RM100 |
3-4 orang anak | RM300 |
5 orang ke atas | RM500 |
- Kategori Warga Emas (60 tahun ke atas) tiada pasangan :
JUMLAH BAYARAN |
---|
RM200 |
- Kategori Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah :
JUMLAH BAYARAN |
---|
TIADA |
CHECK BANTUAN STR FASA 4
Berikut adalah cara semakan bantuan STR fasa 4 2023 online, seperti di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) LHDNM; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian klik pada [STR 2023].
- Masukkan Nombor Mykad pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [No Mykad] MySTR.
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Pengesahan kata kunci keselamatan : Sekiranya Frasa Keselamatan pemohon adalah betul, tekan [Ya].
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan].
- Kemudian, tekan [Maklumat Pembayaran] untuk melihat terkini bayaran.
- Maklumat pembayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya terdapat sebarang soalan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Talian Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.
Semak Bantuan Madani 2025