BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY 2024 : KEMASKINI PERMOHONAN
Semua pemohon dikehendaki membuat kemaskini permohonan Bantuan Tunai Hasil atau nama rasminya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dibuka bermula 1 November 2023. Ia merupakan bantuan kewangan oleh kerajaan yang diberikan secara berperingkat dan berfasa sepanjang tahun.
Bagaimanakah cara kemaskini permohonan bantuan tunai hasil 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : MYSTR : PERMOHONAN BARU & KEMASKINI ONLINE
LOGIN BANTUAN TUNAI HASIL
PAUTAN LOGIN MYSTR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan telah ditetapkan untuk setiap kategori seperit berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Warganegara Malaysia.
- Berpendapatan bawah RM2,500 hingga RM5,000
- Status berkahwin.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Tiada pasangan.
- Berpendapatan bawah RM5,000.
- KATEGORI BUJANG :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- Belum berkahwin atau duda atau janda yang tiada anak.
- Berpendapatan RM2,500 ke bawah.
KADAR BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Berikut adalah kadar bantuan tunai hasil (STR) bagi tahun 2024 mengikut kategori :
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
- RM1,000 hingga RM2,500 (bergantung bilangan anak).
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- RM500 hingga RM1,250 (bergantung bilangan anak).
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM600.
- Kategori Bujang umur 21-59 tahun (pendapatan RM2,500 ke bawah) :
- RM350.
TARIKH BAYARAN PERTAMA
TARIKH BAYARAN FASA 1 |
---|
Dijangka seawal Februari 2024 (Sebelum Ramadhan) |
KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY
Berikut adalah cara kemaskini permohonan Bantuan Tunai Hasil 2024 online :
- Sila layari Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MYSTR LHDNM; atau klik pada pautan Login MySTR di atas.
- Kemudian masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
- Kemudian klik pada butang [Semak].
- Seterusnya klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
- Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
- Isikan semua maklumat yang pemohon ingin kemaskini dengan tepat.
- Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Kemudian, tekan butang [Muat naik].
- Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
- Anda telah berjaya kemaskini permohonan anda.
- Selesai.
RUJUKAN
Semoga informasi di atas dapat membantu anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi talian hotline mySTR : 03 8882 4565.
- E-mel : str@treasury.gov.my.
My problem
Please !! Pulihkan semula banned yg terjadi on my account My STR…
after I do update and I do veriuos method such change user name and password and
Thank you
Regard