MYSTR 2024 : PERMOHONAN BARU & KEMASKINI ONLINE
Bermula pada 1 November 2023, permohonan baru dan kemaskini maklumat baru telah dibuka dan tempoh permohonan adalah sepanjang tahun. Pemohon perlu mengemaskini MySTR sekiranya pemohon pada sebelum ini adalah kategori bujang dan kini telah berkahwin atau telah mempunyai anak atau lain-lain maklumat tambahan.
Bagaimanakah cara permohonan baru dan kemaskini online mystr 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN STR LOGIN : CARA LOG MASUK
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan pada setiap kategori, seperti di bawah :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Warganegara Malaysia.
- Berpendapatan bawah RM2,500 hingga RM5,000
- Status berkahwin.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Tiada pasangan.
- Berpendapatan bawah RM5,000.
- KATEGORI BUJANG :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- Belum berkahwin atau duda atau janda yang tiada anak.
- Berpendapatan RM2,500 ke bawah.
JUMLAH BANTUAN MYSTR 2024
Berikut adalah jumlah keseluruhan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang akan disalurkan mengikut kategori seperti di bawah :
- Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Tiada anak | RM1,000 |
1-2 orang anak | RM1,500 |
3-4 orang anak | RM2,000 |
5 orang ke atas | RM2,500 |
- Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
BILANGAN ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Tiada anak | RM500 |
1-2 orang anak | RM750 |
3-4 orang anak | RM1,000 |
5 orang ke atas | RM1,250 |
- Kategori Warga Emas (60 tahun ke atas) tiada pasangan :
JUMLAH BAYARAN |
---|
RM600 |
- Kategori Bujang Berpendapatan bawah RM2,500 :
JUMLAH BAYARAN |
---|
RM350 |
PERMOHONAN BARU MYSTR 2024
Berikut adalah cara permohonan baru MySTR 2024 online :
- Sila layari laman Rasmi MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian klik pada [Permohonan Baharu STR 2024].
- Isikan semua maklumat pemohon dengan tepat dan betul.
- Sila muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik butang [Muat Naik].
- Seterusnya, masukkan maklumat waris jika ada.
- Kemudian, tekan butang [Teruskan].
- Sila buat pengesahan dengan tandakan pada kotak yang disediakan.
- Klik butang [Hantar].
- Permohonan anda berjaya di hantar ke pihak LHDNM.
- Selesai.
KEMASKINI MYSTR 2024
Berikut adalah cara kemaskini MySTR 2024 secara online :
PAUTAN LOG MASUK MYSTR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Klik pada pautan Log Masuk MySTR di atas.
- Kemudian masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
- Kemudian klik [Semak].
- Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
- Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
- Isikan semua maklumat yang pemohon ingin kemaskini dengan tepat.
- Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Kemudian, tekan butang [Muat naik].
- Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
- Anda telah berjaya kemaskini permohonan anda.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan MySTR, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hubungi talian hotline mySTR : 03 8882 4565.
- E-mel : str@treasury.gov.my.
Suruh kemaskini online, bila nak buat,ada pula kata laluannya..entah apa benda punya kata laluan pun saya tak tahu.. first time semak, terus ada kata laluan.. bila call LHDN tak pernah dapat.. melayu camtulah.