BANTUAN STR 2024 LOGIN : CARA LOG MASUK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan dalam bentuk tunai yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat yang memerlukan. Bantuan ini disalurkan secara berfasa dan berperingkat menerusi akaun bank penerima. Peruntukan untuk tahun 2024 telah dinaikkan kepada 10 billion ringgit untuk manfaat 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.
Bagaimanakah cara log masuk bantuan str 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : KEMASKINI STR ONLINE : CARA
TARIKH BAYARAN FASA 1 STR 2024
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 adalah dijangka sebelum Ramadhan iaitu seawal bulan Februari 2024 (akan dikemaskini apabila tarikh rasmi diumumkan).
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN STR 2024
Berikut adalah jumlah keseluruhan Bantuan STR 2024 yang akan dibayar mengikut kategori yang ditetapkan, seperti di bawah :
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
- RM1,000 hingga RM2,500 (bergantung bilangan anak).
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- RM500 hingga RM1,250 (bergantung bilangan anak).
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM600.
- Kategori Bujang umur 21-59 tahun (pendapatan RM2,500 ke bawah) :
- RM350.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2024
KAEDAH PEMBAYARAN STR |
---|
Mempunyai akaun bank : Dikreditkan terus ke akaun bank penerima. |
Tidak mempunyai akaun bank : Tebus tunai di kaunter BSN |
BANTUAN STR 2024 LOGIN
Berikut adalah cara log masuk bantuan STR 2024 untuk semakan bayaran :
- Sila layari Portal Rasmi MySTR LDHNM; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon (contoh : 82XXXXXXXXXX) di ruangan No MyKad mySTR.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Sekiranya frasa Keselamatan anda betul, sila tekan [Ya].
- Sila masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
- Seterusnya, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan pada [Halaman Utama Portal].
- Kemudian, tekan pada butang [Semakan].
- Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].
- Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa semasa.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Talian Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.