PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024
Bermula awal tahun 2024, kerajaan anak menyalurkan bantuan persekolahan kepada semua murid di semua sekolah seluruh Negara Malaysia. Bantuan ini bertujuan untuk membantu ibubapa atau penjaga menampung perbelanjaan kelengkapan peralatan persekolahan anak-anak.
Bagaimanakah cara permohonan bantuan persekolahan 2024? Ikuti penjelasan selanjutnya di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BANTUAN TUNAI RAHMAH
JUMLAH BANTUAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024
Jumlah peruntukan Bantuan Awal Persekolahan adalah sebanyak RM788,130,00 untuk manfaat seramai 5,254,200 orang murid dan akan diberikan sebanyak RM150 setiap seorang murid secara one-off (sekali bayar) sahaja.
TARIKH BAYARAN
Berikut adalah tarikh pembayaran bantuan awal persekolahan (BAP) seperti di bawah :
TARIKH BAYARAN BAP |
---|
Dijangka akan disalurkan bermula bulan Januari 2024 kepada akaun sekolah. |
KAEDAH BAYARAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan terus ke akaun sekolah secara berperingkat. Kemudian, pihak sekolah akan agihkan kepada ibubapa atau penjaga murid/pelajar secara tunai atau menerusi akaun bank.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi tahun 2023 (Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) belum menyatakan syarat kelayakan bagi tahun 2024) :
- Murid Warganegara Malaysia.
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024; dan
- Murid bersekolah di:
- Sekolah Kerajaan (SK).
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
- Sekolah Agama.
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
- Sekolah Integriti.
- Sekolah Henry Gurney.
PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024
Ibubapa atau penjaga murid TIDAK perlu membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan ini.
SENARAI KEPERLUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Berikut adalah senarai kelengkapan awal persekolahan yang diperlukan oleh murid lelaki dan perempuan :
- Baju putih sekolah (Kemeja bagi lelaki dan Kurung bagi perempuan).
- Seluar dan skirt sekolah (mengikut warna yang ditetapkan oleh pihak sekolah).
- Tali leher bagi murid lelaki.
- Tudung bagi murid perempuan muslim.
- Kasut putih atau hitam.
- Stoking mengikut paras.
- Beg sekolah.
- Alat tulis.
- Buku nota/tulis.
- Baju sukan dan baju beruniform.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau soalan berkaitan BAP, sila rujuk pihak yang berwajib seperti : KPM, PPD atau pihak sekolah.