PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN 2023 ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN 2023 ONLINE

Pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat khususnya dengan bantuan tunai. Antara salah satu inisiatif adalah bantuan Am Persekutuan.

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bagaimanakah permohonan bantuan am persekutuan 2023 online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

KADAR BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Berikut adalah kadar bantuan Am Persekutuan yang disalurkan kepada rakyat seperti di bawah :

KADAR BAYARAN
Minimum RM100 seorang
Maksimum RM350 sekeluarga

KAEDAH PEMBAYARAN

KAEDAH BAYARAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN
Dikreditkan ke akaun penerima secara automatik setiap bulan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mendapatkan bantuan Am Persekutuan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan semasa isi rumah TIDAK melebihi (PGK) Pendapatan Garis Kemiskinan.
  • Kumpulan yang berada dalam golongan memerlukan dan miskin tegar yang tidak diliputi di mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain.

*Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Individu yang memenuhi syarat kelayakan digalakan untuk memohon bantuan Am Persekutuan. Ikuti cara permohonan seperti di bawah :

PAUTAN RASMI JKM
https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  1. Klik pada pautan Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di atas.
  2. Kemudian, klik pada [Daftar Permohonan Atas Talian].
  3. Klik pada [Daftar Permohonan].
  4. Isikan semua maklumat dengan tepat dan tekan [Daftar].
  5. Seterusnya, masukkan Maklumat Pendapatan dan Maklumat Keperluan Bulanan.
  6. Lihat keputusan anda sekiranya anda memenuhi syarat saringan awal.
  7. Sila muat turun [Borang JKM18] dan klik butang [Daftar Permohonan].
  8. Sila isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  9. Tekan [Seterusnya].
  10. Kemudian, baca dengan teliti senarai dokumen yang diperlukan untuk dibawa ke JKM.
  11. Klik [Choose File] untuk muat turun salinan dokumen yang diperlukan.
  12. Tandakan pada kotak perakuan [X] dan [Daftar].
  13. Selesai.

*Anda dikehendaki hadir ke Pejabat JKM berdekatan mengikut Daerah anda dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat secara atas talian. Kegagalan berbuat demikian, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

DOKUMEN SOKONGAN

Sila sertakan dokumen sokongan seperti berikut untuk mengemukakan permohonan :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan bagi ahli keluarga yang tinggal bersama anda, sama ada suami, isteri, ibu, bapa atau anak.
  • Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama anda;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Dokumen lain yang berkaitan.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai soalan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000.

Leave a Comment