BANTUAN ASAS RAHMAH 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN ASAS RAHMAH 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Asas Rahmah atau nama rasminya adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Menurut data dari e-Kasih dan JKM, terdapat dua (2) kategori baharu yang diperkenalkan layak menerima bantuan ini.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga turut layak menerima Bantuan Asas Rahmah ini.

Bagaimanakah cara permohonan dan semakan bantuan asas rahmah 2024? Ikuti info lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RAHMAH : SENARAI & JUMLAH

APA ITU BANTUAN ASAS RAHMAH

Ia merupakan bantuan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan keperluan asas isi rumah miskin, miskin tegar, dan termasuk golongan bujang. Bantuan ini akan disalurkan menerusi MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan. Pembelian sah mengikut kategori barang yang disenaraikan di kedai atau pasaraya yang terpilih.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan, seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berstatus lulus Bantuan STR.
  • Tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih.
  • Pendapatan isi rumah penerima tidak boleh melebihi RM1,169 dalam sistem Penghasilan Gross Kasar (PGK) Miskin Tegar, yang berdasarkan semakan silang dengan agensi pendapatan.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH 2024

Berikut adalah senarai kategori yang layak menerima Bantuan Asas Rahmah bagi tahun 2024 berserta jumlah bayaran, seperti di bawah :

KATEGORIBIL.
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
STR Miskin Tegar0.2jRM1,200
STR Miskin0.5jRM1,200
STR Isi Rumah3.7jRM300
STR Bujang4.3jRM150
*Penerima STR turut layak menerima SARA 2024.

CARA PEMBELIAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Berikut adalah cara pembelian menggunakan Bantuan Asas Rahmah :

  1. Pilih barang keperluan mengikut 10 kategori yang ditetapkan (lihat label MyKasih di rak tanda harga); atau rujuk senarai di sini.
  2. Tunjukkan Mykad kepada juruwang untuk pengesahan.
  3. Juruwang akan mengimbas kod barangan berdasarkan 10 kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar menggunakan MyKad (Masukkan 6-digit nombor PIN anda).
  5. Simpan resit untuk semakan transaksi pembelian.

PERMOHONAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024

Berikut adalah cara permohonan Bantuan Asas Rahmah :

  1. Anda perlu membuat permohonan melalui e-Kasih; Rujuk di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
  2. Pendaftaran penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
  3. Berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudiannya akan disemak sekali lagi dengan data daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  4. Anda perlu mengenalpasti dan buat semakan pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu RM1,500 untuk bandar atau RM1,000 untuk luar bandar sebulan.
  5. Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024

CARA SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2024 ONLINE.

  1. Sila layari laman Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.

  2. Kemudian, klik [SEMAK STATUS] pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].

  3. Masukkan Nombor Mykad pemohon.

  4. Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.

  5. Klik [Semak Status].

  6. Status anda akan dipaparkan.

  7. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalaH berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
  • Emel : info@mykasih.com.

Leave a Comment