PERMOHONAN BANTUAN STR 2024 : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN STR 2024 : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 telah dinaikkan kadar kepada 10 billion ringgit untuk manfaat 60 peratus penduduk dewasa Malaysia terdiri dari kategori isi rumah B40, M40, warga emas dan bujang yang berkelayakan. Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa seperti sebelum ini.

Bagaimanakah permohonan bantuan str 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN ASAS RAHMAH : PERMOHONAN & SEMAKAN

TARIKH PERMOHONAN

Berikut merupakan tarikh permohonan Bantuan STR 2024 :

TARIKH PERMOHONAN STR 2024
Permohonan baharu telah dibuka bermula 1 November 2023.
(dibuka sepanjang tahun)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan mengikut kategori penerima, seperti di bawah:

ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
-Warganegara Malaysia.
-Status Berkahwin.
-Berumur 21 tahun ke atas.
-Pendapatan isi rumah
bawah RM2,500 hingga
RM5,000 sebulan.
-Warganegara Malaysia.
-Berumur 60 tahun ke atas.
-Tiada pasangan.
-Pendapatan bawah
RM5,000.
-Warganegara Malaysia.
-Belum berkahwin /
duda / janda yang tiada anak.
-Berumur 21 hingga
59 tahun.
-Pendapatan RM2,500
kebawah.

JUMLAH BANTUAN STR 2024

Berikut adalah jumlah keseluruhan Bantuan STR 2024 mengikut kategori yang ditetapkan, seperti di bawah :

  • Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
    • RM1,000 hingga RM2,500 (bergantung bilangan anak).
  • Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
    • RM500 hingga RM1,250 (bergantung bilangan anak).
  • Kategori Warga Emas tiada pasangan :
    • RM600.
  • Kategori Bujang :
    • RM350.

PERMOHONAN BANTUAN STR 2024

PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024 ONLINE.

  1. Sila layari laman Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

  2. Kemudian klik pada [Permohonan Baharu STR 2024].

  3. Isikan semua maklumat pemohon dengan tepat dan betul.

  4. Sila muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

  5. Kemudian, klik butang [Muat Naik].

  6. Seterusnya, masukkan maklumat waris jika ada.

  7. Kemudian, tekan butang [Teruskan].

  8. Sila buat pengesahan dengan tandakan pada kotak yang disediakan.

  9. Klik butang [Hantar].

  10. Permohonan anda berjaya di hantar ke pihak LHDNM.

  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan MySTR, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747.
  • Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566.
  • E-mel : str@treasury.gov.my.

Leave a Comment