SEMAKAN BANTUAN ZAKAT 2024 : CHECK STATUS
Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor) komited menawarkan pelbagai jenis zakat bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf fakir miskin, asnaf muallaf dan asnaf gharimin. Agihan zakat akan diberikan kepada kepada yang berkelayakan.
Bagaimanakah cara semakan bantuan zakat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN STR : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
SENARAI BANTUAN ZAKAT
Berikut adalah senarai bantuan zakat yang boleh dipohon, seperti di bawah :
- Bantuan Perubatan.
- Bantuan Sewa Rumah.
- Bantuan Yuran Sekolah.
- Bantuan Kewangan Bulanan.
- Bantuan Makanan Bulanan.
- Bantuan Bina dan Baikpulih Rumah.
- Bantuan Hutang Kehidupan.
- Bantuan Badan dan Persatuan.
- Bantuan Penerapan Nilai Islam.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima zakat :
- Status pekerjaan pemohon iaitu sama ada tetap atau sementara.
- Pemohon atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit yang memerlukan kos rawatan berterusan atau kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif.
- Pemohon berumur lanjut atau tidak berupaya bekerja.
- Pemohon menanggung anak yang ramai.
- Ibu bekerja atau bapa tunggal yang memerlukan tambahan kos penjagaan anak-anak semasa bekerja.
- Lain-lain kesusahan yang dikenalpasti.
SENARAI ASNAF ZAKAT
Berikut adalah senarai asnaf yang layak menerima zakat :
- Asnaf Fakir.
- Asnaf Miskin.
- Asnaf Amil.
- Asnaf Muallaf.
- Asnaf Riqab.
- Asnaf Fisabilillah.
- Asnaf Gharimin.
- Asnaf Ibnu Sabil.
*Untuk info lebih terperincin berkaitan asnaf di atas, boleh rujuk di sini : https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/penerima-kriteria-penerimaan-zakat/.
SEMAKAN BANTUAN ZAKAT
SEMAKAN BANTUAN ZAKAT 2024 ONLINE.
- Sila klik pada pautan Ezo Zakat Selangor di sini : https://ezo.zakatselangor.com.my/.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dan kata laluan (sekiranya pernah berdaftar) Klik [Sign in].
- Sekiranya belum pernah berdaftar, sila daftar dan klik sama ada [Individu] atau [Syarikat].
- Kemudian masukkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul.
- Tandakan pada kotak persetujuan.
- Seterusnya, klik [Daftar].
- Kemudian masukkan Nombor MyKad pemohon dan kata laluan yang betul.
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343
- E-mel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my