PERMOHONAN BANTUAN MYSARA 2024 : RM1,200
Bantuan MySARA ialah Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenal oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan menyalurkan bantuan wang tambahan melalui MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan ini bertujuan untuk menampung kos perbelajaan keperluan asas.
Bagaimanakah cara permohonan bantuan mysara RM1,200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN ZAKAT : CHECK STATUS
TARIKH BAYARAN MYSARA 2024
Berikut adalah jadual tarikh pembayaran Bantuan MySARA 2024, seperti di bawah :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
Januari 2024 | RM100 |
Februari 2024 | RM100 |
March 2024 | RM100 |
April 2024 | RM100 |
Mei 2024 | RM100 |
Jun 2024 | RM100 |
Julai 2024 | RM100 |
Ogos 2024 | RM100 |
September 2024 | RM100 |
Oktober 2024 | RM100 |
November 2024 | RM100 |
Disember 2024 | RM100 |
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024
Berikut adalah kategori yang akan menerima Bantuan Mysara 2024 :
- Isi Rumah Miskin Tegar : RM1,200.
- Isi Rumah Miskin : RM1,200.
- Isi Rumah Asas : RM300.
- Bujang : RM150.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan :
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus lulus Bantuan STR.
- Tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih.
- Pendapatan isi rumah penerima tidak boleh melebihi RM1,169 dalam sistem Penghasilan Gross Kasar (PGK) Miskin Tegar, yang berdasarkan semakan silang dengan agensi pendapatan.
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYSARA
PAUTAN MYKASIH |
---|
https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ |
atau klik pautan di bawah untuk mengetahui senarai kedai / pasaraya terpilih berhampiran anda : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.
PERMOHONAN BANTUAN MYSARA
- Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan ini : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.
- Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP.
- Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
- Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun.
- Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Klik butang [Teruskan].
- Tandakan pada perakuan diri.
- Tekan butang [Hantar].
- Selesai.
SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2024
SEMAKAN BANTUAN MYSARA RM1,200 ONLINE 2024.
- Sila ke Portal Rasmi Semakan Status MyKasih.
- Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda ingin mengajukan soalan berkaitan di atas, boleh ajukan kepada pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.