PERMOHONAN BARU BANTUAN STR 2024 : SECARA ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BARU BANTUAN STR 2024 : SECARA ONLINE

Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksaan inisiatif ‘Payung Rahmah’ melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024 untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Dalam belanjawan 2024, beliau mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan daripada sebelum ini untuk maafat 9 juta penerima.

Bagaimanakah cara permohonan baru bantuan STR 2024 secara online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAHMAH : JUMLAH BAYARAN

TARIKH PERMOHONAN BARU STR 2024

Permohonan baru Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 telah dibuka bermula pada 1 November 2023. Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online atau manual.

KADAR BAYARAN STR 2024

Berikut merupakan jadual kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah :

KATEGORIKADAR BAYARANBILANGAN PENERIMA
Isi Rumah pendapatan RM2,500 kebawahRM1,300 hingga RM2,800 (Mengikut bilangan anak)3.1 juta
Isi Rumah pendapatan RM2,501-5,000RM800 hingga RM1550
(Mengikut bilangan anak)
1.0 juta
Warga Emas tiada pasanganRM6001.3 juta
Bujang pendapatan RM2,500 kebawahRM5003.3 juta

NOTA : Semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) *mengikut data e-Kasih dan JKM.

PERMOHONAN BARU BANTUAN STR

CARA PERMOHONAN BARU BANTUAN STR 2024

Terdapat dua (2) kaedah permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 seperti berikut :

  1. Permohonan secara online (dalam talian).
    • Melalui pautan Laman Portal Rasmi STR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/; atau
    • Muat turun Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah di Play Store / Apple Store di dalam telefon bimbit anda.
  2. Permohonan di kaunter.
    • Muat turun borang permohonan di sini; atau dapatkan borang permohonan di kaunter LHDNM (selepas diumumkan tarikh permohonan dibuka)
  • Selepas selesai mengisi semua maklumat dengan lengkap dan tepat, anda dikehendaki menghantar borang tersebut di kaunter LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan anda; atau
  • Penghantaran secara pos (terhad kepada borang permohonan yang diterima).
  • *Penghantaran secara Faks dan e-mel adalah TIDAK DITERIMA.

RUJUKAN

Pihak kami hanya memberikan informasi berkaitan sahaja. Jika sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan di atas sila rujuk pihak berwajib di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

4 thoughts on “PERMOHONAN BARU BANTUAN STR 2024 : SECARA ONLINE”

Leave a Comment