PERMOHONAN BAHARU STR 2024 : TELAH DIBUKA SECARA ONLINE
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada 60 peratus rakyat yang berkelayakan. Bantuan STR akan dikreditkan secara berfasa dan berperingkat. Permohonan baharu telah dibuka secara online.
Bagaimanakah cara permohonan baharu str 2024 secara online? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN MYSARA : RM1,200
SYARAT KELAYAKAN STR 2024
Berikut adalah syarat kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan, seperti di bawah :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Warganegara Malaysia.
- Status Berkahwin.
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Tiada pasangan.
- Berpendapatan bawah RM5,000.
- KATEGORI BUJANG :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- Belum berkahwin / duda / janda (tiada anak).
- Berpendapatan RM2,500 ke bawah.
JUMLAH BANTUAN
Berikut adalah jumlah keseluruhan bantuan STR 2024 mengikut kategori, seperti di bawah :
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
BILANGAN ANAK | JUMLAH |
---|---|
Tiada | RM1,000 |
1-2 orang anak | RM1,500 |
3-4 orang anak | RM2,000 |
5 orang ke atas | RM2,500 |
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,501-RM5,000 :
BILANGAN ANAK | JUMLAH |
---|---|
Tiada | RM500 |
1-2 orang anak | RM750 |
3-4 orang anak | RM1,000 |
5 orang ke atas | RM1,250 |
- Kategori Warga Emas :
JUMLAH BAYARAN |
---|
RM600 |
- Kategori Bujang :
JUMLAH BAYARAN |
---|
RM350 |
KAEDAH BAYARAN STR 2024
Berikut adalah kaedah pembayaran STR 2024, seperti di bawah :
ADA AKAUN | TIADA AKAUN |
---|---|
Akan dikreditkan terus ke akaun penerima secara automatik | Pembayaran secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
PERMOHONAN BAHARU STR 2024
Berikut adalah cara permohonan baharu STR 2024 secara online :
PAUTAN RASMI MYSTR |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM; atau klik pada pautan di atas.
- Pada paparan halaman utama MySTR, klik pada [Permohonan Baharu STR 2024].
- Kemudian, isikan semua Maklumat Pemohon yang diperlukan dengan tepat dan betul.
- Seterusnya, pilih 3 dokumen sokongan yang diperlukan dan klik butang [Muat naik].
- Kemudian, pilih Maklumat Waris jika ada.
- Klik butang [Teruskan].
- Pada bahagian pengesahan, masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada [SAHKAN CAPTCHA].
- Seterusnya, klik [Hantar].
- Permohonan anda telah berjaya dihantar.
- Selesai.
PERHATIAN : Sila kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
KEMASKINI PERMOHONAN STR 2024
Berikut adalah cara kemaskini permohonan lama STR 2024, seperti di bawah :
- Pergi ke pautan Rasmi MySTR LHDNM.
- Kemudian masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
- Kemudian klik [Semak].
- Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
- Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
- Isikan semua maklumat yang pemohon ingin kemaskini dengan tepat.
- Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Kemudian, tekan butang [Muat naik].
- Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
- Permohonan anda telah berjaya dikemaskini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi di atas sahaja. Semoga informasi dapat membantu anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747.
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566.
- E-mel : str@treasury.gov.my.