BANTUAN E KASIH 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN E KASIH 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Menurut data e Kasih dan JKM, terdapat dua kategori baharu yang diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar yang layak menerima sumbangan ini sebanyak RM1,200 menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah cara permohonan dan semakan bantuan e kasih 2024? Ikuti penjelasan selanjutnya di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 4 : SEMAKAN BAYARAN

APA ITU BANTUAN E KASIH

Dengan kata lainya ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenal oleh kerajaan untuk membantu rakyat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan. Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan untuk membeli 10 barangan keperluan asas yang ditetapkan di kedai atau pasaraya terpilih.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN E KASIH

Berikut adalah kategori penerima yang layak mengikut data e-kasih dan JKM, seperti di bawah :

KATEGORIBIL.PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR Miskin Tegar0.2jRM1,200
STR Miskin0.5jRM1,200
STR Isi Rumah3.7jRM300
STR Bujang4.3jRM150
*Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut menerima Bantuan SARA.

TARIKH BAYARAN BANTUAN E KASIH

Berikut adalah tarikh pengkreditan bantuan seperti di bawah :

TARIKH BAYARAN BANTUAN E KASIH
Dijangka seawal bulan Januari 2024
*Tarikh akan dikemaskini lepas diumumkan.

LANGKAH PEMBELIAN

Berikut adalah langkah pembelian dengan menggunakan Sumbangan Asas Rahmah, seperti di bawah :

  1. Pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori seperti di bawah yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga :
    • Beras.
    • Roti.
    • Telur.
    • Minyak Masak.
    • Tepung.
    • Biskut.
    • Mee segera.
    • Minuman.
    • Makanan dalam tin.
    • Bahan perasa.
  2. Tunjuk Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
  3. Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
  4. Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
  5. Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.

SENARAI KEDAI TERPILIH

Kedai atau pasaraya terpilih adalah mengikut daerah berdekatan masing-masing, sila rujuk di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang.

PERMOHONAN BANTUAN E KASIH

  • Pendaftaran penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
  • Berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudiannya akan disemak sekali lagi dengan data daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Anda perlu mengenalpasti dan buat semakan pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu RM1,500 untuk bandar atau RM1,000 untuk luar bandar sebulan.
  • Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

*Untuk mengetahui cara permohonan boleh rujuk di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.

SEMAKAN BANTUAN E KASIH

  1. Sila layari Semakan Status di Portal Rasmi MyKasih.
  2. Anda akan dipaparkan pada ruangan (Semakan Status).
  3. Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) di ruangan [Nombor Mykad].
  4. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik pada butang [Semak Status].
  6. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
  • Emel : info@mykasih.com.

1 thought on “BANTUAN E KASIH 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN”

  1. Ekasih katanya untuk membantu keluarga yg ssh dan rakyat yg layak terima ekasih adalah rakyat yg mendapat bantuan bsh dr kerajaan tp.kenapa bantuan ekasih masih ada yg tak dpt sdngkan ia layak dan penerima bsh…

    Reply

Leave a Comment