BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2023 : SEMAKAN BAYARAN
Kerajaan telah mengumumkan Bantuan tunai rahmah atau nama rasminya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai yang disalurkan kepada rakyat menerusi akaun bank secara berfasa dan berperingkat. Dijangka tidak lama lagi adalah fasa terakhir pada tahun 2023 iaitu fasa 4.
Bagaimanakah cara semakan bayaran bantuan tunai rahmah fasa 4 2023? Ikuti penjelasan selanjutnya di sini.
BACA JUGA : BANTUAN SARA HIDUP BUJANG : PERMOHONAN & SEMAKAN
KADAR BANTUAN TUNAI RAHMAH
Berikut adalah kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 mengikut kategori yang ditetapkan, seperti di bawah :
KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN <RM2,500 |
---|
Tiada anak : RM200 |
1-2 orang anak : RM500 |
3-4 orang anak : RM900 |
5 orang ke atas : RM1,200 |
KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501-RM5,000 |
---|
Tiada anak : RM0 |
1-2 orang anak : RM100 |
3-4 orang anak : RM300 |
5 orang ke atas : RM500 |
KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN |
---|
RM200 |
KATEGORI BUJANG PENDAPATAN <RM2,500 |
---|
RM0 |
KAEDAH BAYARAN FASA 4
Berikut kaedah pembayaran bantuan tunai rahmah adalah seperti di bawah :
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4 |
---|
Dikreditkan secara automatik ke akaun penerima. |
Tebus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi akaun gagal kredit |
TARIKH BAYARAN
TARIKH BAYARAN FASA 4 |
---|
November 2023 (tarikh rasmi belum diumumkan) |
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2023
Ikuti cara semakan bayaran bantuan tunai rahmah fasa 4 online 2023, seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [No Mykad].
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Pengesahan kata kunci keselamatan : Sekiranya Frasa Keselamatan pemohon adalah betul, tekan [Ya].
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan].
- Kemudian, tekan [Maklumat Pembayaran] untuk melihat terkini bayaran.
- Maklumat pembayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian semasa anda. Sekiranya anak mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan STR fasa 4, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566
- E-mel : str@treasury.gov.my.