BANTUAN SARA HIDUP BUJANG 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN SARA HIDUP BUJANG 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN

Dalam pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa kadar bantuan bagi kategori bujang juga akan turut dinaikkan. Jika sebelum ini kategori bujang hanya menerima RM350, pada tahun hadapan dinaikkan sebanyak RM500 menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mengikut data e-kasih dan JKM.

Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan sara hidup bujang 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : STR BUJANG FASA 4 : SEMAKAN & TARIKH BAYARAN

APA ITU BANTUAN SARA HIDUP BUJANG

Sumbangan Asas Rahmah untuk kategori bujang yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat menampung perbelanjaan keperluan asas (mengikut 10 kategori yang ditetapkan). Bantuan ini kreditkan ke dalam MyKad penerima. Pembelian adalah sah di kedai atau pasaraya terpilih.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat umum kelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah bagi kategori bujang :

  • Bujang belum berkahwin atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Berada dalam data e-Kasih.

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah Jumlah bantuan 2024 seperti di bawah :

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP BUJANG
RM150

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP BUJANG

Berdasarkan kenyataan pada soalan lazim di Portal Rasmi Mykasih, anda tidak perlu mengemukakan permohonan kerana kelayakan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih; atau sekiranya anda tidak pernah membuat permohonan MyKasih, anda boleh ikuti cara permohonan lengkap di pautan di sini : https://kerajaanonline.com/my-kasih-register/.

SEMAKAN BANTUAN SARA

Berikut adalah cara semakan status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 online :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah(SARA)] [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda tanpa (-). Contoht : 85XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik pada butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Tel: (603) 7720 1800.
  • E-mel : info@mykasih.com

Leave a Comment